Monday, January 14, 2008

Ambil nota dengan tomboy dalam ubuntu gutsy gibbon

Anda seorang yang sibuk?

>Update blog,
>research tentang sesuatu perkara, sesuatu data, sebaris ayat, sebaris pengertian atau tafsiran
>Buat assignment, perkara berkaitan maklumat, url sbg
>Dapat maklumat daripada internet dan malas nak salin kedalam nota harian secara manual
>Renew hosting dan domain name, perkara perlu dilakukan
>command-command tertentu yang susah diingati, malas disalin kedalam buku nota dan malas nak save menggunakan text editor..

Dalam suasana yang terlalu kadang-kadang, ada sesuatu perkara yang harus dicatat disuatu tempat, namun kadang-kala leceh untuk disalin, atau leceh untuk di save menggunakan text editor(kerana nanti takut terlupa tempat save).Walaupun anda menggunakan sunbird untuk mencatat tarikh-tarikh dan peristiwa penting pada kalendar,ternyata anda memerlukan sesuatu yang tiada kaitan dengan tarikh, tiada kaitan dengan peristiwa, sesuatu yang dianggap mudah, namun jika ia diabaikan , akan menyusahkan anda ketika anda memerluka benda tersebut.Dengan mudah, orang ramai memanggilnya nota, tetapi saya memanggilnya NOTA PENTING!Dalam ubuntu gutsy, ada satu aplikasi yang memudahkan segalanya berkenaan nota iaitu tomboy.


Tomboy dan ciri-ciri
Dengan tomboy, mengambil nota secara digital tidak akan menjadi terlalu sukar.Kita boleh ambil nota berbentuk url, email, command, atau apa sahaja.Menariknya url dan email yang ditaip kedalam tomboy akan auto linking, hanya perlu click pada url/email tersebut dan browser dan email client akan buat selebihnya.

Link antara nota
Antara ciri lain yang menarik ialah, tomboy akan menghubungkan antara satu nota dengan dengan nota yang lain melalui keyword tajuk yang digunakan.Katakan nota1 kita letakkan tajuk test.Dalam kandungan nota2, kita taipkan perkataat "test" dan line perkataan itu akan dihubungkan kepada nota1 tadi.

Synchronize Notes
Boleh synchronize note yang telah kita buat dengan servis seperti WebDAV,SSH, atau juga local folder.Oleh kerana aku tak tau apa-apa pasal nih, aku skip ke ciri seterusnya.

Plugins
Boleh tambah plugins lain kedalam tomboy seperti Export to HTML,evolution, dan sbg.

Dan banyak lagi fungsi.



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

6 comments:

  1. aku lebih suke gune yg lagi satu tu .. ape name dier .. sticky notes kot.

    ReplyDelete
  2. sticky tu penampilan cun tp agak terbatas...aku ske tomboy nih lg dr sticky..tp sbb ada kedua-dua, kita guna arr 2-2..hehe..

    ReplyDelete
  3. Kao membuatkan aku rasa nak guna Ubuntu plak... Aduhhhh...

    Semua kerja yang kao state kat atas tu mmg kerja aku lah... AHAHHAH

    ReplyDelete
  4. hahaha...mcm iklan dlm tv plak..
    "camne kami tahu? kerana kami juga pemandu seperti anda"..haha

    sile2 guna ubuntu..xsusah pun..:)

    ReplyDelete
  5. Aku pon guna tomboy nie.. hehe
    aku dah guna mac4lin untuk ubuntu aku... proses update pon dah selesai..

    ReplyDelete
  6. oo..guna tomboy gak ek..hehe
    amacam mac4lin?best tak?hehe..
    dah ok la tu,dan bleh guna ubuntu dgn stabil..bgs2..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...