Tuesday, January 15, 2008

KDE 4.0 dalam Ubuntu Gutsy Gibbon dan satu ulasan peribadi

[Video Di Dalam-klik Read more! untuk lihat]

Photobucket
Saya pernah menggunakan windows 98, XP, vista, Mac OS X Tiger dan Leopard dan juga Ubuntu.Pengalaman menggunakan kesemua sistem operasi tersebut beerti juga pengalaman dengan suasana desktop(desktop environment) bagi setiap sistem operasi.

Apabila berbicara tentang penilaian seseorang tentang sesuatu objek,kita biasanya tidak dapat lari daripada membicarakan soal first impression.First Impression sangat penting untuk perkara tertentu seperti untuk interview, bertemu pelanggan(client),ayat awek dan sebagainya.Samada anda pandai memanipulasikan kepentingan first impression ini atau tidak,ia bakal menentukan untung-rugi,suka-tidak,dan dapat-reject nya diri anda.

Tamat bahagian mukaddimah
---

Mungkin tajuk diatas agak pelik bagi sesetengah orang.Ya,ubuntu secara default menggunakan desktop environment(DE) Gnome.Namun pengguna ubuntu kemudiannya bebas untuk install KDE sebagai pilihan.Choose your level of freedom!

Cara install kedalam Ubuntu
Jika anda pengguna ubuntu dan ingin install KDE, sila ikuti tutorial di laman tombuntu ini.Tutorialnya mudah tetapi memerlukan komputer memuat turun file bersaiz 238MB.Kelajuan koneksinya bergantung kepada internet yang anda gunakan(bagi kes saya,proses ini selesai dalam masa kurang dari 10minit).Sesudah anda install KDE 4.0 ini, sila logout dan pada paparan untuk memasukkan username sila pilih options > select session > KDE 4 > change session.Ya, ini juga bermakna anda masih bebas memilih untuk login kedalam ubuntu menggunakan DE Gnome atau KDE.

Apa itu KDE 4.0?
KDE 4 ialah siri terbaru bagi K Desktop Environment dan baru sahaja diterbitkan kepada umum pada 11 Januari 2008.Apa yang baru dalam KDE 4 adalah antaranya
  • update kepada KDE core components terutamanya satu port bagi Qt(cute)
  • API terbaru dipanggil Phonon
  • Device integration framework terbaru dipanggil Solid
  • Panduan bentuk baru dan default ikon terbaru iaitu Oxygen
  • Plasma iaitu paparan antara muka bagi desktop dan panel yang menyokong penggunaan widget seperti Dashboard dalam mac osx.
First Impression
Panel bar yang terlalu besar(atau tinggi) dengan menu style yang susah untuk dicapai kepada target membuatkan saya lebih menyukai Gnome 2.20 daripada KDE 4.Secara default, sesuatu file akan terbuka dengan satu klik dan window bar yang berwarna grey yang tidak menampakkan perbezaan antara window yang aktif dan tidak aktif adalah sebab ke 2 mengapa saya lagi menyukai Gnome daripada KDE.
Photobucket
Saya tahu bahawa menu style boleh diubah dan warna bagi window bar juga boleh ditukar dengan mengaplikasikan tema berbeza.Namun meletakkan terlalu banyak setting dan style yang tidak disukai pengguna secara default bukanlah sesuatu yang selari dengan ultimate goal bagi KDE 4.0 iaitu menyediakan satu persekitaran desktop yang mesra pengguna.

Pandangan peribadi!
Ok, mungkin ini pandangan peribadi saya dan mungkin juga team pembangun KDE sudah bertungkus lumus untuk memastikan target mereka tercapai melalui "cara yang mereka sukai".Bagi mereka setting default yang ada sekarang ini mungkin yang terbaik dan bagi saya setting default ini adalah tidak begitu baik.Ini adalah pandangan saya iaitu seorang pengguna komputer biasa yang berpengalaman menggunakan windows 98, XP, Vista, OS X Tiger, Leopard dan Ubuntu.Sekali lagi saya ingin ulangi, anda bebas untuk memilih...

Ini videonya.


Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

6 comments:

  1. hi bro, i tried KDE 4 in my ubuntu box, and i guess i still fall in love with gnome :D .

    ReplyDelete
  2. Azhar: Apa yg speechless?:P

    Ojat: yeah,gnome is better than KDE for sure..

    ReplyDelete
  3. yeah...GNOmE winnnn....
    hahaaa..bro,aku memg xsempat update la...xde mase sesuai n takde internet puncenye...material dah ade..tinggal nak menaip jek

    ReplyDelete
  4. Aku tau gak sikit2 pasal KDE n Gnome.. tapi tak pernah pon gune KDE.. memandang kan sume kate tak best so biar je lah gune gnome kan..
    bro zul, kenapa ek kadang2 ubuntu aku tibe2 slow.. mcm sangkut2.. bukak website pon macam tertinggal bile scroll..

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, penggunaan paparan antaramuka hanyalah untuk memudahkan pengguna. ubuntu terarah kepada itu.

    Saya lebih selesa menggunakan enlightment daripada benda-benda yang berserabut

    just my 2 sen

    regards,
    Mustakim Ahmad

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...