Friday, January 25, 2008

RSS Reader Terbaik untuk pengguna Ubuntu

Apabila saya menulis artikel mengenai Perisian Berbayar Menjadi Percuma(RSS Reader)15 hari yang lalu,saya merasa bersalah.Entah mengapa setiap kali saya menulis tentang sesuatu perisian yang hanya ada untuk windows dan mac osx dan tidak ada untuk linux, setiap kali itulah saya diserang perasaan bersalah dan tidak selesa...kerana saya tahu ramai diantara pembaca disini yang menggunakan linux khasnya ubuntu.Dan apabila saya menulis sesuatu perkara yang tiada kaitan yang menyebabkan pembaca hanya membaca sahaja,suatu perasaan seakan saya sedang mengkhianati pembaca menyerang minda saya.

Terasa Terpinggir?

Adakah anda rasa terpinggir kerana menggunakan ubuntu?Saya rasa tidak.15 hari lepas saya menulis tentang FeedDemon untuk windows dan NetNewsWire untuk mac osx yang telah menjadi percuma.Hari ini, saya ingin menulis tentang Liferea dan Thunderbird, 2 perisian yang hebat, percuma, dan terbaik bagi ubuntu anda.


Liferea atau juga Linux Feed Reader adalah sebuah perisian feed reader yang pantas, ringan, senang digunakan dan senang diinstall untuk desktop gtk dan gnome.Kali pertama saya menggunakannya, ia benar-benar membuatkan saya terharu kerana perisian yang seringkas ini mampu untuk melakukan kerjanya dengan pantas dan mengatasi netnewswire bagi mac osx! (saya tidak pernah menggunakan feeddemon kerana tiada windows).


Saya telah menggunakan NetNewsWire sejak ia diistiharkan percuma baru-baru ini dan mendapati ada beberapa fungsi yang tidak lengkap.Antaranya ialah ia tidak boleh mempamerkan flash.Katakan blog yang anda subscribe meletakkan video youtube kedalam postingnya.Netnewswire hanya mempamerkan satu ruang kosong bermakna ada sesuatu yang gagal dipamerkan.

Liferea bukan sahaja mampu mempamerkan video flash, malah ia turut mempamerkan komen bagi setiap entry!Lagi hebat ialah ia menyediakan fungsi refresh bagi komen tersebut(bermakna kita boleh refresh untuk melihat jika ada komen baru yang ditinggalkan untuk entry tersebut).Tidakkah ia hebat?


Saya percaya ramai yang sudah mengenali Thunderbird sebagai email client yang hebat.Namun tahukah anda, Thunderbird juga berfungsi sebaagi feed reader? 

Namun, kehebatan thunderbird tidak mampu menandingi kehebatan liferea bagi kategori feed reader.Jika anda pengguna ubuntu dan linux, percayalah, anda takkan menyesal jika anda install kedua-dua perisian ini sekarang.

Penggunaan RAM

Mungkin ada yang bimbang tentang memory usage(RAM) yang digunakan oleh kedua-dua perisian ini.Saya telah mencuba kedua-duanya bagi desktop saya dan hasilnya adalah seperti image dibawah.
Thunderbird = 16.4
Liferea = 15.8

Mungkin kadar penggunaan memori akan bertambah dengan pertambahan masa, namun jika anda sudah agak lama mendalami kecerunan kadar penggunaan memori, anda tentu sudah boleh mengagak kadar maksima yang boleh dicapai oleh kedua-dua perisian ini bukan?

Install
  • sudo aptitude install liferea
  • sudo aptitude install thunderbird
Kedua-duanya boleh didapati dalam menu Internet selepas proses installasi.

Sebaik sahaja install, jangan lupa untuk subscribe dengan blog melayubuntu ni ya! =)

Bak kata pelopor skim cepat kaya;
"Tiada Halangan, Hanyalah Peluang!"

4 comments:

  1. Saya telah menggunakan berpuluh-puluh rss reader software. Namun akhirnya saya mengalah. Kerana rss reader software adalah menyusahkan berbanding online seperti google reader. kalau tak percaya cuba bandingkan prestasi komputer, antara rss reader offline dan online...

    ReplyDelete
  2. Saya masih tercari2 newsreader atau pon rss reader yang sesuai.. saya guna akregator (btol ke x eja ek) untuk ubuntu dan feed demon untuk xp. feed demon sangat menyusahkan sebab asik nak hang je.. akregator asik error je tak dapat nak add subscription. kalau guna online punye saya yakin mesti sayang takkan bukak

    ReplyDelete
  3. owh..please jgn samakan windows dgn linux/mac osx...aku xtau camne prestasi rss reader dalam windows sbb time aku guna windows, aku xpnah guna apa2 rss reader...saat pertama aku guna pun time netnewswire jadik free...apa yg aku dapati, netnewswire ni xmakan byk memori dan xturunkan prestasi komputer...camtu la jugak liferea..aku dah paparkan gambar penggunaan memori kata atas nih...aku xpandai sgt guna photoshop utk edit...believe me!

    ReplyDelete
  4. owh..please jgn samakan windows dgn linux/mac osx...aku xtau camne prestasi rss reader dalam windows sbb time aku guna windows, aku xpnah guna apa2 rss reader...saat pertama aku guna pun time netnewswire jadik free...apa yg aku dapati, netnewswire ni xmakan byk memori dan xturunkan prestasi komputer...camtu la jugak liferea..aku dah paparkan gambar penggunaan memori kata atas nih...aku xpandai sgt guna photoshop utk edit...believe me!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...