Merakam video desktop, membuat screencast, kerja-kerja mengedit,mencantum dan membuang bahagian video yang tidak perlu dan kemudiannya share video tersebut dengan kawan-kawan - semuanya boleh dilakukan didalam ubuntu dengan mudah jika anda tahu caranya.Ingin tahu caranya?Langganlah artikel melayubuntu melalui email supaya anda tidak ketinggalan tips penting untuk desktop ubuntu anda.{KLIK SINI DAN MASUKKAN EMAIL}
Merakam
Ada 3 perisian merakam video desktop bagi ubuntu yang saya kira terbaik untuk dicuba iaitu;
- recordMyDesktop
- Istanbul
- xvidcap
Cara install ketiga-tiga perisian diatas adalah samada menggunakan Add/Remove Applications atau sila layari link diatas untuk maklumat lanjut.Untuk makluman, semua video ubuntu yang saya pamerkan diblog ini menggunakan recordMyDesktop.
Converter/pengubah format video
Apabila menggunakan ketiga-tiga perisian diatas(ops - xvidcap terkecuali), file yang akan terhasil adalah dalam bentuk NAMAFILE.ogg.Ianya format video yang default bagi ubuntu, tetapi tidak bagi windows dan mac.Saya banyak kali mencuba upload file berformat .ogg ini ke youtube tetapi gagal.Bagaimana untuk berkongsi video jika ia tidak boleh dimainkan oleh video player kawan anda?
Jangan risau kerana disana ada penyelesaian yang sangat mudah menggunakan terminal.
Install mencoder
sudo aptitude install mencoder
Kemudian command dibawah ini adalah untuk convert file video anda
mencoder -idx input.ogg -ovc lavc -oac mp3lame -o output.avi
Perhatian: input.ogg = nama video file yang ingin diconvert, output.avi = nama vidoe file yang akan terhasil.
Video Editor
Dalam dunia linux, terdapat banyak video editor samada linear atau non-linear namun saya tidak berminat melainkan 2 perisian dibawah;
- kdenlive
- cineler
{screenshot kdenlive}
Sebelum saya menggunakan perisian dalam mac osx untuk kerja mengedit video, saya sempat menggunakan kdenlive dengan agak lama dan berpuas hati dengannya.Cinelerra pula merupakan perisian yang baru saya kenali dan cukup menarik.
{screenshot cinelerra}
kdenlive boleh diinstall menggunakan add/remove applications manakala untuk menginstall cinelerra, sila ikuti tutorial dalam laman web ini.Saya mendapat error apabila mengikuti tutorial tersebut dipertengahan jalan iaitu selepas install cinelerra.Apabila diperiksa, cinelerra masih belum terinstall lalu saya menggunakan Synaptic Package Manager untuk install cinelerra secara manual.
Oleh kerana entry kali ini hanyalah sebagai maklumat dan bukannya tutorial secara detail berkenaan cara menggunakan kedua-dua perisian video editor ini cukuplah sekadar ini penerangan dari saya.
Melalui tutorial ini, pengguna ubuntu sekurang-kurangnya akan dapat berkongsi video dekstop beserta effek-effek compiz fusion dengan kawan-kawan yang menggunakan windows.Selamat menghasilkan video anda sendiri dan enjoy your ubuntu dekstop!
saya nak tanya bro r,saya punya pc spesifikasi ok untuk install ubuntu.tapi bila saya boot cd tu,dia kuar error i/o....kenapa eek.pc saya x boleh install linux ke?
ReplyDeleteOgg, hummmm....
ReplyDeleteHarini sampai cd Ubuntu, kubuntu, dan edubuntu. Nak buat review kat my fakulti huhuhuh....
#kaizen : err..i/o ek..try carik kat google..aku xpnah alami so aku xleh bg apa2 penyelesaian..biasanya google byk jawapan..hehe
ReplyDelete#azhar : sampai dah ek?bagus2...bg kat saudara mara suh pakai ubuntu..hoho...
Terbaik bro!!..
ReplyDeleteTerima kasih yang terhingga sebab share pasal software screen recording nih. Akhirnya aku berjaya jugak nak record desktop aku. Hahaha... Lama dah aku nak, tapi sbb 'bz sbg end-user' shj, Aku kurang explore. Adanya blog Melayubuntu nih memang sgt2 membantu 'end-user' pemalas mcm aku nih. Hehe :p
Terima kasih lagi sekali.. :D:D
ps: kalau ada button paypal leh gak aku belanje bro nescafe panas :)
sama2 bro..btw artikel ni ditulis pada 2008....agak outdated sket lah..
ReplyDeletetp bagus jugak..aku pun dah lupa pasal cinelerra tuh..haha
ceh, ni yang aku rasa nak letak butang paypal nih..ekeke
Hahaha... knowledge xde yg outdated bro.. Walaupun yg dah bertahun2 lepas, kita leh anggap sbg sejarah utk permulaan yg baru..
ReplyDeletePapepun aku dah berjaya install recordMyDesktop n kdenlive. Cara nak guna tu leh explore sendiri kalau ada yg sangkut.. Hehe..
tq :)
Letak je button 'Buy me a coffee' tu.. hehe.. Nak jumpe lepak sama payah, dapat belanje minum dr jauh pun ok dah. hehe..