Tuesday, January 22, 2008

Tahukah Anda : Shake perisian linux paling mahal ?!

Sebelum aku menulis, renungkan kata-kata berikut;
" Tika sahabat melukai hatimu, tulislah ia di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu, sebaliknya tika sahabat membuat kebaikan padamu maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai ".
Shake adalah sebuah perisian yang dibangunkan oleh syarikat apple dan berfungsi sebagai image compositor dan menghasilkan kesan khas pada visual.Perisian ini digunakan dalam pembuatan filem, video HD dan yang berkaitan dengan visual yang komersial.Maka tidak hairanlah kalau aku mendapati;



Melalui wikipediantah aku mendapati sesuatu yang menarik dalam quote berikut
Shake has been used in such films as Peter Jackson's The Lord of the Rings and King Kong, as well as Harry Potter movies. It was also used by The Embassy to create a television advertisement for Citroën with a dancing car. Shake was used by Broadway Video for restoring the release of “Saturday Night Live: The Complete First Season” DVD box set. It is also in use by CBS Digital for creating new visual effects for Star Trek Remastered.
Dan apabila aku mencari perisian ini didalam website torrent,sesuatu yang mengejutkan berlaku iaitu;


Jom majukan industri perfileman negara jom! :P

p/s:rasa-rasanya filem cicak man guna soft ni tak?

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

10 comments:

  1. kalu teman ade soft ni takde maknenyer, bknnye teman tau gune pun :)

    ReplyDelete
  2. haha..teman lak takde kreativiti..tau gune tp takde idea..hahaha..syahid, aku bc entri ko b4 dis pasal wine n crossover..ketika membacanya, yg aku minat ialah tgk ko nyer desktop interface..cantik gile?ko pakai ape?font lain eh?pakai cam linuxblind ke?hahaaha.ke windowsblind?font die cam menarik jek.aku tak brape gemar dgn default font ubuntu, wlpn lelama aku dah boleh terima..camne 2..cleartype font eh?ko nyer bar atas ngn bawah pn nmpk clean n vibrant....ajar aku..aligato' Gozaimas

    ReplyDelete
  3. MakLaN : dulu mase ko kecik mesti x pandai naik basikal kan? tp skrg dah pandai perr...=P

    Senyuman : Aku tak setting dan xguna font yg plik2..aku just apply theme gtk..aku ada tulis pasal theme "gelatin" dalam entry lepas..sila rujuk...huhu

    ReplyDelete
  4. CicakMan memang banyak guna opensource... Maybe salah satu kot....

    Eh tapi yang ni opensource ke kalau kena bayar?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum saudara. Apa khabar? Percaya atau tidak saya ini memang peminat setia saudara.

    Nama saya Abqori, nama nickname. Secara ikhlas memang saya sebenarnya dah banyak dapat istifadah dari blog saudara ini. Saya dah pakai linux ubuntu beberapa minggu sebelum jumpa blog saudara dari seorang kawan. Dan ia memang cool. Maksud saya kedua-duanya, blog saudara dan ubuntu.

    Serius cakap saya ini di luar negara dan dalam komuniti orang malaysia di sini hanya saya seorang saja yang menggunakan ubuntu, tapi saya punya versi lama Feisty Fawn. Dan disebabkan keseorangan saya, saya menghadapi banyak sangat masalah. Tempat bertanya pun tiada. Kalau sebelum ini saya hanya ada bertanya di yahoo answers sahaja. Tapi bila dah lama-lama bosan pula bertanya di situ. Asyik tak dapat jawapan yang bernas. Lalu jadi bosan. Akhirnya fikir-fikir punya fikir, saya tekad untuk bertanya soalan pada saudara. Saya tak tahu samada saudara sanggup menjawab semuanya. Tapi kerana dah pening sangat, ini cubaan saya. Saya menipu kalau saya katakan saya tidak kisah kalau saudara mengabaikan soalan-soalan saya ini. Sungguh saya kisah dan sungguh amat berharap sangat saudara dapat menolong saya. Harap saudara dapat tolong.

    Berikut adalah beberapa masalah-masalah saya:

    - Saya adalah seorang penulis. Dan banyak menulis. Kerana laptop saya dual boot, jadi terkadang menulis via vista dan terkadang via ubuntu. Masalahnya ialah apabila saya ingin membuka tulisan yang saya karang via ubuntu di vista. Vista tak boleh baca. Dan begitu juga pada beberapa tulisan karangan saya via vista di ubuntu. Bagaimanakah untuk menyeragamkan kedua-duanya supaya saling boleh baca membaca?

    - Desktop Cube ada empat Desktop. Tetapi Cube saya hanya ada satu desktop. Tiga desktop yang lain tidak boleh digunakan. Dan paparan gambar disitu umpama hampeh. Bagaimana untuk mengembalikan tiga desktop itu? Serasa saya pernah tengok di internet masalah ini, dan ia dipanggil blank desktop, cuma belum ketemukan jawapan.

    - Saya ada buka dibahagian update. Dan ada cadangan di situ untuk mengupgrade Fiesty Fawn saya kepada Gusty Gibbon. Adakah ia bisa terealisasi? Lama tak?

    - Apa itu Proxy? Saya mengalami masalah kelembapan internet di sini. Lembab sangat. Saya sedang mendownload sekarang dan ratenya..... sekejap......nak tengok..... 4.7kb. Lembab sungguh. Lepas itu ping yahoo.com nya pula sentiasa antara 1400 hingga 1500. Sudahlah dibenarkan mendownload pada pukul 3 pagi ke atas sahaja. Saya ada lihat screenshot saudara ketika mendownload Ubuntu Gusty Gibbon dari server di Taiwan dan ratenya adalah 4000kb. Saya cemburu. Jadi cadangannya, saya mahu gunakan proxy untuk melajukan internet saya. Tapi proxy itu pun saya tak tahu guna. Untuk sedikit tambahan buat saudara, saya lampirkan ini: http://answers.yahoo.com/search/search_result;_ylt=Aun2W67jfItGwdwRkEfLkF7py6IX;_ylv=3?p=what+is+proxy%3F

    Kalau saudara dapat buat artikel untuk proxy, itu rasanya saudara dah minusing insult from injury (maaf, broken english). Agaknya ,ketika itu dunia sudah jadi saya yang punya.

    Itulah beberapa masalah untuk ubuntu saya. Kalaulah internet di sini laju macam di Malaysia, alangkah indahnya hidup. Boleh saya buat macam-macam. Tahu tak saya dah banyak kali cuba muat turun Songbird, dan dah banyak kali gagal. Geram, geram, geram (sebut macam Upin dan Ipin, tak tahu saudara selalu tonton kartun ini atau tak. Tapi buat komuniti kami di sini, kartun ini amat terkenal).

    Baiklah, sampai sini dahulu buat kali ini. Saya mengharapkan balasan. Sangat-sangat. Maafkan kerana menghantar di ruangan komen kerana saya tidak tahu alamat emel saudara. Ini emel saya jihadul_ulama86@yahoo.com. Terima kasih sebanyak-banyaknya terlebih dahulu saya ucapkan.

    Salam perantauan,
    Abqori.

    Assalamualaikum.....

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam abqori, untuk membantu saudara, saya akan cuba beberapa bntk penyelesaian yg saya tahu supaya tidak membebankan saudara syahid aka penulis blog ini:

    1. Mengenai proxy, saya pn xbrape paham, tp yg saya tau kalo kt ofis,kolej atau tempat2 cm dalam satu komuniti, kita nk connect ke internet, sebelum connection tu sampai ke kita, server utama akan jd cam proxy atau software agent, membenarkan kemasukan data internet ke ita(mcm kontrol kita punya surfing experience gak la). tak pun cuba rujuk this site -->Klik Sini

    Mengenai feisty fawn nye masalah, saya cadangkan anda melakukan fresh installation ke gutsy gibbon, rather than upgrade dr feisty ke gutsy. skrang gutsy dah leh support read/write file system windows.Jadi xyah pikir bout file windows xleh dibaca d ubuntu

    2. Jika anda masih ingin kekalkan penggunaan feisty, saya cadangkan anda install ntfs-3g ke dalam ubuntu anda, ini membolehkan anda membaca dan menulis sebarang fail dari sistem ntfs-vista ketika dalam ubuntu. Untuk membaca fail ubuntu/linux di dalam vista, sila install ifs driver. Harap ia membantu.

    3.mengenai desktop cube, saya rasa anda perlu remove dulu compiz, and try reinstall again. sebelum itu pastikan anda punya pc atau lapto mempunyai requirement grafic card yg mencukupi. dan juga pastikan propiertry driver grafic card dah diinstall. right click pada workspace kt bawah dan setkan berapa space kamu nak pada preferences. kalu itu tak menjadi, mungkin ada masalah lain yg sy sendiri tidak ketahuan.

    4. mengenai kelajuan internet di Malaysia, tidaklah selajumana, cuma broadbandnya masih boleh disyukuri, namun ada juga komuniti yg merasakan kelajuan yg diterima dari streamyx tidak cukup laju. rujuk entri saya.

    Harap sedikit sebanyak ia membantu saudara Abqori.

    ReplyDelete
  7. salam ari cuti arini bagi kl n johor..

    ReplyDelete
  8. Harap sedikit sebanyak ia membantu saudara Abqori.

    Terima kasih saudara Senyuman atas jawapan saudara yang buatkan saya merasa masih ada sinar harapan untuk masalah-masalah saya ini. Namun saya tidak akan komen panjang, kerana di sini, di tempat saya adalah waktu subuh, dan sejak malam tadi saya belum kelenaan atas sedikit lemburan membaca dan juga menyiapkan kerja-kerja yang sudah lama tertangguh akibat peperiksaan.

    Terima kasih kerana mengajar saya bagaimana untuk menserasikan vista dan ubuntu itu. Saya akan mencubanya selepas mendapat tidur yang cukup.

    Apa maksudnya dengan Fresh Installation itu? Perlu setup semula komputer? Adakah terdapat kesan yang berbeza di antara Upgrade dan Fresh Installation?

    Berkenaan dengan grafic card itu, laptop saya adalah Acer Aspire 5710 Intel Core Duo. Boleh dikatakan amat mantap ( Ya Allah, jauhkanlah aku daripada bahaya riya’ dan takabbur).

    Bersyukurlah kalian dengan nikmat kelajuan internet yang laju itu dan atas segala nikmat-Nya, serta sentiasalah memuji nama-nama-Nya.

    Oh, tak tahu bagaimana mahu membalas jasa saudara. Kalaulah saudara ada di sini, pasti saya akan bawa saudara berjalan-jalan sekitar Port Saed dan menikmati keindahan Terusan Suez.

    P/S: Kenapa KL dan Johor cuti?

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam Abqori..

    Terima kasih sbb sudi menjadikan blog yang serabai ni sebagai tempat rujukan :)

    Terima kasih kat bro senyuman sbb menjawab beberapa soalan diatas..Itu versi bro senyuman dan aku nak tambah sket lagi..

    Soalan 1 : Ada 2 sebab yang menganggu interaksi antara vista dan ubuntu.Font dan Software.Untuk ubuntu boleh membaca file yang dibina dalam vista dan untuk vista boleh membaca file yang dibina dalam ubuntu, sila pastikan apa jenis font yang digunakan dan install font tersebut dalam kedua-dua OS, sila pastikan perisian apa yg digunakan.Kalo ko guna Mic Office 2007, file typenya sedikit berbeza dgn Office 2004 iaitu dari doc kepada docx(kalau xsilap).Tanpa plugins tambahan, open office xbleh membaca file yg dibina dalam office 2007. Manakala untuk Mic Office membaca file yg dibina oleh open office, ko perlu save kan file tersebut dlm bentuk doc(atau yg sewaktu) yang bleh dibaca oleh Mic Office...

    Soalan 2 : Pasal workspace. aku dah tulis camne nak tukar bilangan workspace tu bukan sekadar ada empat desktop tapi bleh ditukar kepada berapa sahaja yang disukai...aku tulis pasal ni dlm artikel pasal compiz fusion

    Soalan tiga : Pasal update tu mmg la lama kalau connection internet lembab.Tapi xpayah la update skrg nih sbb nanti hardy dah nak kuar dah...hoho

    proxy aku skip..

    p/s: aku skrg bukan kat mlesia..hrp maklum :P

    ReplyDelete
  10. harap2 r H.H nanT leh masuk kat pc ku ..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...