Posts

Showing posts with the label Tahukah Anda?

Tahukah Anda - Siri 2

Image
Tahukah anda? Segelintir pengguna Windows akan memanipulasikan perkataan UBUNTU sebagai bahan jenaka mereka dan pada masa yang sama mereka pula dibayangi rasa takut untuk berkongsi USB Pendrive meskinpun telah memasang perisian antivirus berbayar. Tahukah anda? Dengan menggunakan Ubuntu Live CD/USB, anda sebenarnya telah mengambil langkah bijak dan merupakan salah satu cara yang paling selamat untuk menjalankan transaksi e-banking bagi mengelakkan jejak yang mungkin dapat dihidu oleh skrip cecacing. Tahukah anda? Pada 20/10/2004 Ubuntu 4.10 (Warty Warthog) adalah versi pertama dilancarkan  dan berkembang sehingga ke versi 11.04 dan menjadikan 14 versi kesemuanya setakat September 2011. Tahukah anda? Merujuk kepada rekod Linux Distribution Time line , versi 11.8 sehingga tahun 2011 telah lahir sebanyak 61 Distro berasaskan Ubuntu dan antaranya yang popular ialah seperti Linuxmint, Pinguys OS, Super OS, Ultimate, Sabily dan sebagainya. Tahukah anda? Majalah ber...

Tahukah Anda - Siri 1

Image
Bermula Siri 1 ini akan saya teruskan pengisian Tahukah Anda hingga bersambung ke siri-siri seterusnya sebagai kudapan ringan untuk menjamu mata... Tahukah anda pengasas Ubuntu iaitu Mark Shutterowth yang berasal daripada Afrika Selatan adalah orang pertama di dunia yang “berkelah” ke angkasa lepas daripada kalangan bangsanya dan beliau juga orang kedua di dunia yang membiayai sendiri pakej pelancongan angkasa lepas ini pada tahun 2002. Tahukah anda anak kelahiran Skotlandia Jonathan Riddell yang berusia 24 tahun ketika itu telah merubah Ubuntu yang menggunakan antara-muka Gnome kepada Kubuntu yang menggunakan antara-muka KDE seperti mana yang kita lihat Kubuntu hari ini. Tahukah anda logo Ubuntu terdiri daripada oleh 3 orang yang berganding bahu membentuk 1 bulatan dari pandangan atas. Orang yang ada di dalam objek ini dinamakan Human dan lahirlah slogan Linux for human beings – Kemanusiaan Untuk Sejagat. Bulatan yang digambarkan bermaksud luas, sel...

Tahukah anda? Bill Gates sudah tidak ada kena mengena dengan Microsoft!

Image
Bill Gates tidak perlu diperkenalkan lagi  merupakan sosok paling familiar setiap kali kita berbicara tentang Microsoft, syarikat pengeluar sistem operasi paling femes dibumi. Namun masa yang terus berputar ligat meninggalkan kenangan lalu dan ketika ini, kita sudah boleh mengatakan Bill Gates sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Microsoft. Hal ini didedahkan oleh ITWorld.com  dan mungkin kerana itu jugalah sosok ini bukan lagi manusia paling kaya di bumi. Samada beliau disukai atau dibenci, kini Bill Gates menghabiskan hari-harinya dengan kerja-kerja amal di Bill and Melinda Gates Foundations dan juga menghantar dan mengambil anak sekolah. Bagaimana pula Microsoft? Syarikat Microsoft kini dikuasai oleh sosok bernama Steve Ballmer. Lalu apa jua kemarahan anda terhadap sistem operasi windows ketika ini, diharap jangan lagi menyalahkan sosok Bill Gates yang tidak ada kena mengena dengan Microsoft. Salahkan Steve Ballmer yang mempunyai reputasi buruk dalam mendengar s...

Wiki Ubuntu Malaysia diaktifkan!

Image
Kini beberapa orang otai dalam ubuntu malaysia sedang mengaktifkan wiki ubuntu malaysia dan memadatkannya dengan pelbagai info dan tutorial ubuntu. Paling menarik, wiki ubuntu malaysia ini menggunakan 100% bahasa malaysia. Wiki ubuntu malaysia masih lagi diperingkat yang sangat-sangat awal. Jadi jangan sekali mengharapkan ianya sempurna kecualilah anda tampil untuk menyempurnakannya secara sukarela. Para penulis dan penyumbang memperuntukkan masa berharga mereka secara percuma dan jangan sekali-kali buat mereka kecewa. Mungkin ini masa untuk menyumbang dalam wiki ubuntu malaysia?

Definr : Kamus online yang sangat pantas

Image
Hari ini saya bertemu dengan laman web definr.com yang berfungsi sebagai kamus (En-En). Apa yang menariknya ialah kepantasannya mencari tafsiran kepada keyword yang pengguna masukkan. Incredibly fast! Untuk info, sambungan internet saya tidak begitu pantas dengan kadang-kala terpaksa menggunakan perkhidmatan GPRS untuk membuat koneksi. Itupun, definr masih lagi pantas dalam mencari tafsiran. Taip dan klik enter. Anda berada dilandasan yang betul.

Ubuntu Mirror di Malaysia

Dua hari lepas saya melayari laman web myfenris dan terdapat post tentang Ubuntu mirror di Malaysia. Satu menggunakan server oscc.org.my dan satu lagi server mmu.edu.my. Artikel asal adalah disini : http://blog.myfenris.net/?p=457 Walaubagaimanapun saya belum pasti tentang kelajuan sebenar kedua-dua server ini. Saya pernah terbaca semalam mengatakan server mmu mempunyai kelajuan 100Mbps dan oscc mempunyai 10Mbps. Saya sendiri telah mencuba server mmu dan average kelajuan yang saya dapat menggunakan streamyx 512Kbps ialah dalam 45KBps. Cara-cara untuk memasukkan senarai kedua-dua mirror ini adalah seperti dengan menjalankan arahan berikut di terminal (pilih salah satu): Server mirror.oscc.org.my :- sudo wget http://blog.myfenris.net/files/myoss/ubuntu/oscc.list -O /etc/apt/sources.list.d/oscc.list Server ubuntu.mmu.edu.my:- sudo wget http://blog.myfenris.net/files/myoss/ubuntu/mmu.list -O /etc/apt/sources.list.d/mmu.list Kemudian sila type sudo apt-get update && sudo apt-get upg...

Membuang Data Daripada Harddisk Anda ?

Mungkin didalam harddisk anda mempunyai data yang penting atau rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada orang lain dan dalam masa yang sama anda ingin menjual atau memberi harddisk tersebut kepada orang lain. jadi anda sudah tentu perlu untuk membuang data tersebut daripada harddisk anda. Mungkin ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa sekiranya kita membuang data dengan hanya menggunakan perintah rm atau klik kanan kemudian Move to Trash dan mengosongkan Recycle Bin, anda sebenarnya belum melenyapkan actual data tersebut daripada harddisk anda. Kerana cara yang dinyatakan diatas hanya akan membuang pointer didalam index (partition) harddisk kita sahaja yang secara tidak langsung membuatkan OS kita tidak dapat membaca data tersebut. Perkara ini juga sama sekiranya kita menformat harddisk kita. Bagi mereka yang berkemahiran dan mahu mendapatkan semula data tersebut, tidak akan menjadi masalah kerana terdapat banyak software yang boleh digunakan untuk mengembalikan data tersebut. Jad...

File Structure dalam Ubuntu/Linux

Ini adalah sedikit penerangan ringkas kepada mereka yang baru mengenali dunia Ubuntu dan Linux terhadap structure file dalam linux. Bagi pengguna yang biasa dgn format windows (C:) mungkin sedikit keliru dengan format yang terdapat dalam linux. / - ini adalah asas kepada directory didalam ubuntu/linux. setiap alamat folder atau akan bermula dengan tanda ini /boot - folder ini menyimpan segala data yang diperlukan untuk memulakan sesuatu komputer seperti kernel linux dan juga configuration untuk grub. /root - ini adalah folder home untuk root. menggunakan ubuntu dgn account root adalah amat merbahaya kerana root boleh melakukan apa sahaja termasuk membuang keseluruhan file didalam system. antaranya arahan (rm -rf /) yang akan membuang semua file daripada komputer anda. jadi jgn sekali2 menaip arahan ini ,melainkan anda tahu apa yang anda lakukan. /bin - ini adalah folder terletaknya pr...

Embun : A Malaysian Ubuntu - Tahukah Anda?

Image
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner Pernahkah anda mendengar perkataan Embun? Embun , boleh diertikan sebagai sejenis batu permata, atau titisan air yang muncul diawal pagi , pernah digunakan sebagai tajuk bagi sebuah filem tentang kemerdekaan dan ... sebuah distro berasaskan ubuntu! Seperti juga distro lain yang dibangunkan berasaskan ubuntu, embun yang dibangunkan oleh syarikat Xanadu mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu ia dibangunkan untuk rakyat malaysia supaya rakyat malaysia lebih mengenali dunia open source.Pun begitu, sejauh mana rakyat malaysia sedar akan kewujudan embun ini? Secara jujur, saya mengenali embun sekitar bulan 11, 2007.Saya memendam topik ini begitu lama sebelum menulisnya pada hari ini.Sekilas pandang, embun tidak jauh berbeza dengan induknya iaitu ubuntu.Malah saya masih tercari-cari apakah sebenarnya yang membezakan antara kedua-duanya?Adakah kerana mengubah sedikit sebanyak...

Tahukah Anda : Shake perisian linux paling mahal ?!

Image
Sebelum aku menulis, renungkan kata-kata berikut; " Tika sahabat melukai hatimu, tulislah ia di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu, sebaliknya tika sahabat membuat kebaikan padamu maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai ". Shake adalah sebuah perisian yang dibangunkan oleh syarikat apple dan berfungsi sebagai image compositor dan menghasilkan kesan khas pada visual.Perisian ini digunakan dalam pembuatan filem, video HD dan yang berkaitan dengan visual yang komersial.Maka tidak hairanlah kalau aku mendapati; Melalui wikipedia ntah aku mendapati sesuatu yang menarik dalam quote berikut Shake has been used in such films as Peter Jackson 's The Lord of the Rings and King Kong , as well as Harry Potter movies. It was also used by The Embassy to create a television advertisement for Citroën with a dancing car. Shake was used by Broadway Video for restoring the release of “ Saturday Night Live : The C...

Antara Virus dan Windows, Macintosh, Linux

Image
Virus adalah kewujudan yang tidak diperlukan dalam dunia komputer kecuali bagi syarikat pembangun antivirus.Sejak dunia teknologi diwarnai dengan kehadiran satu mesin bernama komputer, dan windows menjuarai dalam bidang sistem operasinya, entah berapa ribu atau juta komputer yang telah diserang virus mengakibatkan kerosakkan, kehilangan data,pembaziran masa dan wang ringgit. Menurut satu kajian ilmiah oleh Dr. Nic Peeling dan Dr Julian Satchell dalam Analysis of the Impact of Open Source Software , Virus yang bernama LoveLetter sahaja telah menyebabkan kerugian terus sebanyak $960 juta USD dan $7.7 billion USD untuk kehilangan produktiviti. Apabila ada orang bertanya, mengapa banyak sangat virus yang menyerang sistem operasi windows?Seorang manusia yang kaya raya(err..panggil saja dia sebagai bill) menjawab, "Oh, ianya kerana windows digunakan secara meluas tidak seperti Macintosh atau Linux".Jack Clarke, seorang pengurus produk antivirus di eropah iaitu McAfee berkata ...

Pengguna Ubuntu : AWAS!

Jadi anda masih baru dengan ubuntu?Perasaan ingin tahu tentunya membuak-buak bukan?Ingin mencuba itu dan ini, aplikasikan itu dan ini, masukkan command itu dan ini, install itu dan ini, ubah itu dan ini.YA! Ubuntu adalah sebuah sistem operasi yang memberi kebebasan berkenaan kepada anda. Namun AWAS!Melakukan sesuatu tampa mengetahui akan akibat daripadanya hanya mengundang kerosakan.Apabila darjah kerosakan terlalu teruk, saya nasihatkan, sila reinstall ubuntu anda dan jangan ulangi kesilapan lalu! Sejauh mana kita belajar dari kesilapan? Saya juga seperti anda ketika mula mengenali ubuntu.Saya terlalu excited untuk mencuba segala yang boleh.Semua tutorial saya ikut, masukkan command ke dalam terminal tampa tahu menahu apa yang sedang diperbuat dan sebagainya.Tidak cukup dengan itu, saya dengan tampa bersalahnya telah uninstall satu komponen penting menggunakan synaptic package manager.Akibat dari semua itu?Tidak kurang dari 5 kali saya reinstall Ubuntu.Saya tidak kesal dengan bilangan...

Tahukah Anda? Ep.1

Image
Hari ini saya login ke dalam vista (biasanya masuk ubuntu) dengan tujuan untuk install firefox 3.0 beta release.Bila download kemudian install dan launch,semuanya macam ok.Hanya beberapa add-ons dan theme yang tak compatible dengan versi terbaru tersebut.Kemudian saya try tekan butang "find updates" untuk cari update bagi benda-benda yang tak compatible tu.Hasilnya?Komputer "hang" giler sampai tak boleh buat apa-apa.Penyelesaian?Tekan butang shutdown lama-lama pastu laptop oFf!Kalau diteruskan amalan off laptop cara begitu,lama-lama, tak ke jahanam laptop aku nih.huh..! Tahukah anda(1)? Semasa kita beli pc/laptop yang dah diinstall windows didalamnya,sebenarnya kita tidak hanya membayar harga pc/laptop itu sahaja, malah harga tersebut turut mengandungi harga sistem operasinya(windows) sekali.Kalau telah diinstall vista misalnya, maka kita telah membayar harga bagi sistem operasi windows vista juga! Bagi laptop berharga RM2500, bayangkan jika kita tolak harga sistem ...