Wednesday, November 21, 2007

Tahukah Anda? Ep.1

Hari ini saya login ke dalam vista (biasanya masuk ubuntu) dengan tujuan untuk install firefox 3.0 beta release.Bila download kemudian install dan launch,semuanya macam ok.Hanya beberapa add-ons dan theme yang tak compatible dengan versi terbaru tersebut.Kemudian saya try tekan butang "find updates" untuk cari update bagi benda-benda yang tak compatible tu.Hasilnya?Komputer "hang" giler sampai tak boleh buat apa-apa.Penyelesaian?Tekan butang shutdown lama-lama pastu laptop oFf!Kalau diteruskan amalan off laptop cara begitu,lama-lama, tak ke jahanam laptop aku nih.huh..!

Tahukah anda(1)?

Semasa kita beli pc/laptop yang dah diinstall windows didalamnya,sebenarnya kita tidak hanya membayar harga pc/laptop itu sahaja, malah harga tersebut turut mengandungi harga sistem operasinya(windows) sekali.Kalau telah diinstall vista misalnya, maka kita telah membayar harga bagi sistem operasi windows vista juga!



Bagi laptop berharga RM2500, bayangkan jika kita tolak harga sistem operasi dan hanya membayar harga laptop.Harga sistem operasi bagi windows vista home premium (katakan rm600-contoh), bermakna harga laptop tadi menjadi RM1900!Tidakkah selama ini kita membayar kepada harga yang tak perlu kita bayar?Huh..!


Tahukah anda(2)?

Anda boleh download sistem operasi ubuntu yang berbentuk .iso dengan percuma ataupun memesan cd ubuntu(ori-ada lambang ubuntu) termasuk kos penghantaran yang percuma.Oh,bukan itu sahaja, anda boleh memesan berapa banyak mungkin cd tersebut dan hanya perlu memberikan sebab dan bukannya duit!Kemudian masa yang diperlukan bagi proses installasi ubuntu tidakpun sampai 1/2 jam dan ubuntu siap untuk beroperasi!



Tahukah anda(3)?

Anda memerlukan sambungan internet untuk menggunakan ubuntu dengan lebih mudah.Selain daripada proses update yang rutin, setiap kerja pemasangan software, codec, dan sebagainya adalah memerlukan sambungan internet bagi memastikan proses installasi terbabit lancar dan berkesan.Jika tiada sambungan internet, walaupun anda memiliki .deb file untuk diinstall, belum tentu ia boleh diinstall!

Tahukah anda(4)?

Blog ini semalam(kot~) genap berusian 1 bulan.Dalam usia 1 bulan tersebut, blog ini menerima kunjungan dari seluruh pelusuk dunia dan negara yang mendominasi carta visitor teramai adalah Malaysia.Dalam 1bulan pertama blog ini menerima 1000 visitors , hampir 2000 page visits, dalam masa purata bagi setiap visitor ialah 6minit 17saat.Menurut statistik itu lagi, peratus visitor baru ke blog ini ialah 72.21%.Bermakna jika ada 10 visitors, 7 orang adalah visitor baru.



Dalam statistik itu juga, 59.32% daripada visitor blog ini datang kesini melalui referring sites manakala 22.56% daripadanya datang daripada search engines dan selebihnya direct traffic.

Statistic daripada Jabatan Narkotik bukit Aman @ Google Analytic.

Tahukah anda(5)?

Bagi pengguna ubuntu di Malaysia, kini website "sembang" ubuntu sudah diwujudkan.Sila ke http://ubuntu.com.my/ untuk maklumat lanjut.Anda boleh dapatkan pertolongan jikalau ada apa-apa masalah berkaitan ubuntu disana.Tapi jangan lupa pula datang ke blog ini ya!:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...