Salah satu fungsi komputer yang paling penting ialah memainkan files mp3, mp4, wav, wma dan sebagainya.Generasi digital yang terhasil seakan gagal untuk hidup tanpa muzik, bunyi-bunyian, dan hiburan yang kadang-kala terlalu penting untuk menghiburkan hati, menghilangkan stress, kebosanan dan lain-lain.Didalam ubuntu, terdapat bermacam pilihan perisian yang berfungsi sebagai music player @ music manager yang memudahkan pengguna ubuntu menguruskan dunia muzik mereka.
Kita mungkin sudah terbiasa dengan winamp, window media player, itunes, dan seumpamanya didalam windows.Bagi pengguna ubuntu, jangan risau kerana dunia sumber terbuka atau open source menyediakan lebih banyak pilihan kepada anda untuk mengurus dan memainkan muzik kegemaran anda.
Namun sebelum itu,satu perkara yang harus diingat ialah, player mesti sudah diinstall codecs kedalamnya untuk memainkan mp3 dan file-file audio yang lain.Dalam ubuntu gusty, apabila pengguna cuba memainkan sesuatu file media menggunakan totem(default multimedia player dalam ubuntu),satu dialog window akan keluar seperti ini;
Secara sunnah alam, tampa berfikir panjang pengguna akan klik pada butang search.Tapi harus diingat, kita perlu pastikan kita telah enable kan kesemua repositories (termasuk universe, restricted and multiverse) dalam System -> Administration -> Software Sources
Settle bahagian codec.Kita teruskan ke bahagian seterusnya iaitu music player bagi ubuntu...
1.Rhythmbox Music Player
Bagi saya Rhythmbox adalah satu music player yang agak biasa.Mempunyai fungsi untuk memainkan muzik, mempamerkan gambar album ditepinya, membolehkan pengguna menginstall plugin seperti lyric dan sebagainya.Themesnya semacam tidak boleh diubah, dan menggunakan dalam lingkungan 16MB memori laptop saya ketika memainkan muzik menggunakannya.
2.Amarok
Saya sempat menggunakan amarok untuk beberapa lama.Satu perisian yang baik dan mempunyai fungsi-fungsi yang memudahkan dan kelihatan agak canggih dengan themes nya yang boleh diubah, plugin untuk lyric secara online,mudah untuk browse folder-folder music dan sebagainya.Selain itu, setiap kali muzik bertukar atau di pause atau di stop, satu notifikasi akan keluar dalam bentuk yang elegant tetapi kadang-kadang menganggu juga.Amarok menggunakan dalam lingkungan 16MB memori laptop ketika saya memainkan muzik menggunakannya.
3.XMMS
Jika anda peminat Winamp, XMMS adalah altenatif terbaik bagi anda.Daripada bentuk rupanya, kepada fungsi-fungsinya juga adalah sebiji menyerupai winamp.Oleh kerana saya bukanlah peminat winamp,jadi saya tidak akan mengulas panjang mengenainya.Saya tidak sempat untuk play apa-apa muzik menggunakan xmms, tetapi apabila saya run xmms tampa play apa-apa audio, perisian ini hanya menggunakan dalam 1.5MB memory laptop saya.
4.Exaile
5.Songbird
Saya rasa cukup sekadar 5 setakat ini dahulu.Inipun sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa, apa yang terdapat dalam windows juga terdapat dalam Ubuntu.Cuma satu yang tidak ada dalam ubuntu iaitu.....VIRUS!
Enjoy.. dan jangan lupa untuk bookmark blog ini!
Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..