Friday, November 16, 2007

Android dan Android SDK untuk dicuba! (Video Inside)


Maafkan saya untuk topik yang agak "berat" ini.

Baru-baru ini Google telah mengumumkan bahawa tiada GPhone dari syarikat itu tetapi diganti dengan Android biarpun sebelum ini khabar angin begitu kuat bertiup mengatakan syarikat itu akan mengeluarkan GPhone untuk menyaingi kehebatan iphone.

Apa itu Android?

Android yang diumumkan oleh google itu dibangunkan berasaskan linux dan open source dan membuka peluang kepada developer untuk membangunkan perisian terbaru untuk android.Bagi orang islam misalnya, kita boleh bangunkan satu perisian untuk azan, al-quran, hadis dan sebagainya untuk diaplikasikan ke dalam android dengan harapan ia akan memudahkan ummat islam itu sendiri.

Apa yang diharapkan dari pelancaran Android ialah, ianya akan dapat membantu memudahkan manusia untuk berinteraksi sesama manusia melalui teknologi.Jika selama ini kita terpaksa membayar untuk setiap saat kita bercakap, atau untuk setiap packet data yang kita hantar melalui sms, mungkinkah dengan android ini akan membuatkan segalanya menjadi percuma?

Google telah menyediakan Android SDK(software development kit) untuk Linux,MacOs dan Windows bagi application developers membangunkan aplikasi baru untuk android.Tidakkah ianya begitu menarik? :D



Android Architecture

OK,oleh kerana kerajaan Malaysia sangat-sangat menyokong pembangunan Open Source(Sumber Terbuka) di negara ini, dengan perluang yang diberikan oleh google melalui android ini seolah-olah seperti "orang mengantuk disorongkan bantal".

Jom! Download Android SDK untuk,
Unzip/Extract file yang didownload kemudian masuk ke folder berkenaan > Tools > Double klik pada Emulator dan Android anda siap untuk dicuba!

Saya secara peribadi telah mencubanya dan masih lagi tak tahu apa yang harus di lakukan selepas ini.Ini videonya;


Bagaimana?Menarik?

p/s:Jika anda sukakan artikel ini, jadi orang pertama untuk rate! :)

1 comment:

  1. Just wanna Barter Link On Your site Thanks Friend
    On Here u can download theme, template and software Look and give the Comment Thanks
    http://freewareus.com/

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...