Wednesday, November 21, 2007

Avant Window Navigator [Update-1]

Saya tidak menulis dengan lengkap tentang avant-window-navigator(awn) dalam artikel lalu. Oleh kerana kepesatan pembangunan dalam memastikan software yang hebat ini stabil dalam mana-mana distro linux, maka dalam beberapa minggu sahaja sudah terdapat update-update samada bagi applet(dock elemen), mahupun software itu sendiri.

Saya sendiri mengakui bahawa software ini semakin stabil di dalam sistem operasi ubuntu yang saya gunakan.Walaubagaimanapun, versi penuh yang stabil masih belum dapat dikeluarkan oleh kommuniti awn walaupun mereka bertungkus-lumus untuk itu.Semoga nanti pengguna akan dapat install awn ini melalui .deb package yang hanya memerlukan klik* untuk menginstallnya.

Oleh kerana artikel saya yang lalu tidak begitu lengkap, maka saya mengambil inisiatif ini untuk melengkapkannya.

AWN atau avant-window-navigator adalah salah satu dari software dock bagi linux dan paling hampir untuk menyerupai dock didalam mac osx (mahupun mac osx leopard).Boleh dikatakan awn ini adalah dock yang paling digemari oleh penggemar dock bagi pengguna linux/ubuntu.Bercakap pasal mac osx dock,kita tidak dapat lari daripada terpegun dengan fleksibleliti dan keanggunan fungsi terbaru leopard dock iaitu "stack".Ya, awn komuniti telah berjaya menjelmakan stack kedalam awn!

Jika ini stack didalam leopard;


Dan ini stack dalam awn;


Kelihatan masih banyak yang perlu dilakukan untuk menjelmakannya 100% menyerupai stack dalam leopard.Namun ianya tidak mustahil sama sekali.Contohnya versi terbaru stack oleh Timon Ter Braak sudah agak stabil untuk menyokong fungsi drag&drop,change icon dan sebagainya.Bagi yang sukakan bentuk lentur,ianya sedang diusahakan dan hampir siap!


Gambar preview daripada forum awn.

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah fungsi dock dan awn ini.Dock sebenarnya ialah bagi pengguna komputer yang sudah bosan dengan gnome-panel/panel bar.Dock sekarang ini bukan sahaja bertindak sebagai application launcher, minimize tray, malah juga menyokong fungsi file browser, workspace switcher, dan bermacam-macam lagi.Selain daripada itu,ikon pada dock yang boleh diubah-ubah, tema dock yang boleh disesuaikan dengan wallpaper dan tema desktop juga menjadi sebab mengapa anda perlu menyukainya!

Untuk akhirnya,saksikan video yang tak seberapa ini;






No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...