Monday, November 12, 2007

Install Screenlets ke dalam Ubuntu Gusty


Apa itu Screenlets?

Jika anda menggunakan vista ia dipanggil Gadgets, dan jika anda menggunakan Mac OSX ia dipanggil Widgets, lalu dalam linux(ubuntu) anda bebas memanggilnya apa sahaja kerana anda sememangnya bebas di dalam linux.

Saya tidak bercadang mengulas panjang tentang itu kerana saya menganggap pembaca lebih sukakan "isi" daripada "ayat goreng".Kita teruskan kepada proses installasi.

1.Tambah code ini ke dalam sources.list
#Screenlets
deb http://hendrik.kaju.pri.ee/ubuntu/ gutsy screenlets


NOTE:Bagaimana menambah code kedalam sources list?
Buka terminal dan taip;
sudo gedit /etc/apt/sources.list

"gedit" akan terbuka dan copy paste code yang hendak ditambah pada baris terakhir dan klik save.Done!

2.Tambahkan authentication key menggunakan terminal(copy/paste code dibawah pada terminal);
wget http://hendrik.kaju.pri.ee/ubuntu/hendrikkaju.gpg -O- | sudo apt-key add - && sudo apt-get update

NOTE:code ini juga akan update repositories.

3.Install;
sudo apt-get install screenlets

NOTE:Saya harap anda biasa dengan code install ini.

Selepas install, anda mungkin bertanya macam mana nak menggunakannya?

Screenlets Manager:
Pergi ke menu > System > Preferences > Screenlets
Paparan ini akan keluar.



Untuk menggunakannya,anda hanya perlu klik pada mana-mana elemen dan klik
Launch/Add.. dan anda akan mendapati elemen itu sudah berada pada desktop.Anda bebas mengerakkan elemen itu dan meletakkannya dimana sahaja yang anda sukai.Be creative!

Selain itu, dengan hanya right click pada elemen, anda boleh ubah tema, configurasi, setting dan sbg.

Tambahan:

Beberapa sumber untuk elemen.Anda mungkin inginkan elemen baru,ataupun tema yang menepati citarasa anda.Sila ke
Screenlets.org
Gnome-look.org
Untuk maklumat lanjut.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...