Tuesday, November 27, 2007

Install Avant-Window-Navigator dengan .deb package

Dalam tutorial lepas, saya menulis tentang bagaimana untuk install AWN melalui cara manual menggunakan terminal sepenuhnya.Sejak dari itu saya berfikir dan meninjau-ninjau perkembangan seterusnya di dalam kommuniti ubuntu untuk mencari cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membolehkan penggunakan ubuntu di malaysia atau mungkin juga di indonesia untuk menginstall AWN ke dalam ubuntu mereka.Jika anda peminat AWN dan sering gagal untuk menginstallnya kedalam ubuntu anda, anda telah menemui artikel yang tepat!



Sebelum itu, sila rujuk artikel-artikel saya yang lepas tentang AWN terlebih dahulu untuk teknik-teknik dan maklumat yang lebih tentang apakah itu AWN.Rujuk di;
  1. Cara install manual
  2. Update 1
  3. Update 2
Jika anda masih baru dengan apa itu AWN, saya sangat-sangat mengesyorkan anda merujuk kepada ketiga-tiga artikel tersebut terutamanya 2 update tersebut.Ini penting untuk memberi gambaran tentang perisian ini, fungsinya, cara menggunakan dan persoalan "adakah anda memerlukan perisian ini" juga akan terjawab.

Pertamanya terima kasih kepada getdeb kerana berjaya menghasilkan package .deb untuk AWN.(Untuk pengetahuan pengguna yang masih baru dengan ubuntu, bentuk .deb file setakat ini adalah menyerupai .exe file dalam windows-dari sudut2 tertentu.Kita hanya perlu double klik pada file berbentuk .deb dan proses installasi akan berlaku secara automatik selepas password dimasukkan)

Proses Installasi


1.Download .deb package dalam website getdeb.
Download awn .deb(pilih salah satu sahaja yang tepat dengan sistem anda)
Save dimana-mana sahaja seperti di desktop dan sbg.

2.Double klik pada .deb itu tadi.Pastikan ada sudah install gdebi(bagi pengguna gusty, double klik sahaja kerana gdebi dah diinstall semasa proses installasi ubuntu)
Masukkah password apabila diminta dan tunggu hingga proses installasi selesai secara automatik dan tutup window berkenaan.

Anda sudah selesai menginstallnya! Namun harus diingat, anda hanya selesai menginstall platform untuk AWN dan hanya mempunyai fungsi applet bagi launcher/task manager.

Untuk menginstall applet-applet yang lain, anda perlu install awn extras yang mengandungi applet-applet yang lain seperti stacks, menu, trash, dan sbg.

Install AWN Extras

Ada 2 cara (yang saya tahu) dan disini saya lebih suka menggunakan terminal.

1.Buka terminal dan taip
sudo gedit /etc/apt/sources.list

Masukkan password (akan tidak nampak password yang anda taip-just do it dan tekan enter)

2.Gedit akan keluar mengandungi kod-kod didalamnya.Browse kebawah dan paste kod ini;
deb http://download.tuxfamily.org/syzygy42 gutsy avant-window-navigator
deb-src http://download.tuxfamily.org/syzygy42 gutsy avant-window-navigator


NOTE:"gusty" dalam kod tersebut bermakna ia untuk gusty-jika pengguna feisty gantikan dengan "feisty"

3.Tekan save dan tutu gedit.

4.CopyPaste kod ini line demi line(bagi yang memerlukan password, masukkan password)
wget http://download.tuxfamily.org/syzygy42/reacocard.asc
sudo apt-key add reacocard.asc
rm reacocard.asc
sudo apt-get update


5.Install AWN dengan copypaste kod ini kedalam terminal
sudo apt-get install avant-window-navigator-bzr awn-core-applets-bzr

Cara ke-2
Pergi ke website ini dan ada penerangan berbentuk visual yang lebih mudah.

Selesai sahaja proses ini "sepatutnya" anda sudah mendapati semua applet sudah sedia untuk digunakan.AWN sepatutnya boleh dilancarkan melalui Main Menu > Accessories > AWN.

Sesudah AWN dilancarkan, pergi ke Main Menu > System > Preferences > AWN manager

Window ini akan keluar(dengan select applets);




Untuk menambah applet untuk digunakan, perlu aktifkan applet tersebut dengan hanya select applets dalam kolum available applets dan klik simbol < yang berada dibahagian tengah bawah.

Untuk pengetahuan, saya sendiri telah mencuba semua cara ini dan ianya tiada apa-apa masalah bagi saya.Jika ada bahagian yang tidak lengkap atau meragukan atau juga tidak jelas, jangan segan-segan untuk memberi komen.Saya akan membalas komen anda secepat yang saya mampu!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...