Tuesday, November 06, 2007

Mac OSX For Your XP

Hari ni, saya login ke dalam windows(vista) yang sudah terlalu lama dibiarkan sepi, berdebu, dan bersawang.Tujuannya ialah untuk delete file-file yang memenuhi harddisk laptop saya yang bersaiz ciput ni(60GB).Oleh kerana space ubuntu saya kian mengecil, saya bercadang untuk simpan file-file lagu di dalam space windows.

Saya tidak perlu bimbang kerana saya masih boleh access kepada file-file tersebut dengan mudah dalam ubuntu.Namun apabila di dalam windows, saya agak susah untuk access kepada file-file yang berada dalam space ubuntu.

Selepas mendelete file-file berkenaan, saya cuba install beberapa software open source seperti openoffice, miro dan sebagainya dalam windows.Alhamdulillah tidak ada apa-apa masalah.Kemudian saya turut cuba memasang theme OSX dalam tutorial sebelum ini, malangnya tidak berjaya.Ada beberapa file yang tidak boleh diletakkan ke dalam system32.

Sehinggalah saya menemui Flyakite OSX(freeware).Namun saya tetap mengalami masalah dalam menginstallnya ke dalam windows vista.Mungkin ianya masih tak compatible dengan vista.Lalu saya mencuba pada desktop saya yang telah terinstall windows XP.Ingin tahu apa hasilnya?





Bagaimana untuk melakukannya?

Sila download Flyakite OSX disini.(Pilih Normal Edition-30MB).

Atau..

Boleh ke http://osx.portraitofakite.com/ (Official Site) secara direct untuk download latest version.

Oleh kerana saya menganggap semua orang "arif" dengan windows mereka, maka tidak perlulah saya menulis step-by-step cara-cara untuk menginstallnya.Namun soalan dan pertanyaan mahupun apa-apa kesangsian tetap dialu-alukan.

Bagaimana "wajah" desktop setelah menginstall Flyakite OSX?Sila lihat video ini(my desktop);


Note:Windows Xp saya dalam bahasa Jepun-Abaikan

Selepas proses install selesai, anda perlu reboot/restart pc anda.Sebaik sahaja pc anda restart, tema desktop anda sudah 100% bertukar kepada Mac OSX Tiger.(saya maksudkan "tema").Anda akan mendapati;

  • Bunyi effek komputer semakin cute(paling saya suka).Tak ada lagi bunyi effek windows gedegang-gedegang yang membingitkan dan membosankan.
  • Dock yang terletak dibahagian bawah
  • Taskbar dibahagian atas
  • Wallpaper Mac OSX style
  • Mouse cursor Mac OSX style
  • bermacam-macam lagi..
Keburukan : Lembab untuk login ke dalam windows.Mungkin banyak benda yang perlu di loading ketika startup.

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. Salam...Jemputan menyertai kami sebagai penulis..selamatkan artikal anda dari hilang begitu sahaja...

    ReplyDelete
  2. lupa nak bagitau..kalau berminat sila lawati http://www.kongsiblog.org

    ReplyDelete
  3. salam...
    boleh baca nihongo ke?
    dulu study kat nihon?
    arigato ajar macam2 pasal ubuntu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...