Saturday, November 17, 2007

Thunderbird mengantikan Evolution?

Saya telah menulis satu tutorial panjang berkenaan cara-cara untuk setup gmail dalam perisian evolution.Namun apabila saya mencuba satu perisian percuma oleh Mozilla, iaitu Thunderbird,saya mendapati ianya jauh lebih mudah untuk disetup, digunakan, customize skin dan sebagainya.

Tidak perlu lagi satu tutorial sepanjang "itu" untuk setup jika kita menggunakan gmail.Cuba lihat gambar ini;

*Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.


Apa yang perlu dilakukan hanyalah memasukkan alamat email(gmail) kita,kemudian masukkan password dan semuanya selesai!Semuanya secara automatik seolah-olah kita menggunakan microsoft outlook!

Apa kegunaan?


Thunderbird seperti juga evolution, mic. outlook dan perisian lainnya yang akan muat turun email kita dari email hosting kedalam komputer dan kita boleh menguruskan email tersebut samada untuk simpan, balas, dan sebagainya.Bukan itu sahaja, perisian ini juga akan memberitahu kita setiap kali ada email baru yang masuk ke inbox.




Seperti juga firefox, kita boleh memasang dan mengubah tema thunderbird dengan senang dan bukan sahaja tema, malah boleh juga menambah add-ons untuk melengkapkan lagi fungsi thunderbird.




Thunderbird adalah Open Source dan boleh diinstall ke dalam linux, mac os dan windows.

Install ke dalam ubuntu gusty gibbon?

Terlalu mudah.Kita boleh install thunderbird dalam ubuntu menggunakan Add/Remove Applications.Sila taip "thunderbird" pada kolum "search", show:all available applications, dan install!




Senangkan?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...