Mungkin itulah yang mampu disingkapkan untuk mengambarkan sejarah syarikat Apple Inc. yang sekarang ini sedang mencipta nama dengan produk terbarunya, Leopard.Apple "survive" ditengah-tengah medan peperangan OS yang dikuasai hampir 90% oleh Microsoft.
Jika saya boleh mencadangkan sesuatu, saya akan mencadangkan supaya mac osx boleh diinstall pada pc biasa dan dengan itu pengguna tidak perlu membeli iMac ataupun Macbook untuk menggunakan mac osx.Tidakkah cadangan ini nantinya akan meningkatkan pengaruh Apple sebagai sebuah syarikat sistem operasi yang unggul?Mengapa harus terus berdegil untuk menghadkan mac osx hanya untuk mac?
Namun itulah strategi yang digunakan oleh Apple untuk pengguna komputer mengenal mereka sebagai "bukan sekadar sistem operasi, tetapi all-in-one Mac Computeri"! Mereka melakukan yang terbaik untuk prestasi, design, promosi, dan segalanya supaya nama syarikat Apple gah dipersada teknologi komputer.Apabila sampai ke suatu tahap, suasana akan berubah kepada "jika anda inginkan mac osx, anda wajib membeli sebuah Mac"! Satu strategi perniagaan yang sangat berisiko, tetapi mereka membuktikan yang mereka boleh berjaya.
Berbeza dengan syarikat Microsoft, jika anda inginkan windows, pergilah ke kedai membelinya.Satu strategi perniagaan yang mudah difahami dan tiada apa yang perlu dikagumi.Kerana itulah sekarang ini, jika anda ingin windows vista, anda boleh dapatkannya dengan harga RM600 (misalnya) namun jika anda inginkan mac osx, anda perlukan RM4700 dan keatas untuk sebuah iMac.
Strategi ini pastinya meranapkan harapan industri cetak rompak untuk menciplak cd mac osx.Inilah strateginya...!
Strategi Ubuntu
Ditengah-tengah kekalutan dua syarikat besar itu, muncul sebuah syarikat bernama Canonical yang menawarkan sistem operasi lengkap yang dinamakan ubuntu, atau "Humanity to others".Strateginya mudah, tetapi mengagumkan!Ubuntu adalah percuma.
Malah syarikat Canonical menjanjikan;
1)Ubuntu akan selamanya percuma termasuk enterprise releases dan security updates.
2)Ubuntu akan mendapat commercial support daripada syarikat Canonical dan beratus syarikat diseluruh dunia
3)Ubuntu akan mengandungi translation dan accessibility infrastructure terbaik yang boleh disediakan oleh komuniti perisian percuma.
4)Ubuntu CD akan hanya mengandungi aplikasi perisian yang percuma!
Jadi, antara Apple, Microsoft dan Canonical, yang mana mengagumkan anda?
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..