Tuesday, November 20, 2007

Mengubah Pidgin icon theme

Pidgin adalah instant messenger di dalam Ubuntu yang terinstall selepas install ubuntu itu sendiri.Pidgin menyokong protokol-protokol seperti;


Bagi pengguna yahoo messenger, adalah lebih baik menggunakan pidgin di dalam ubuntu.Namun buat masa ini,pidgin masih lagi tidak menyediakan fungsi call pc-2-pc dan fungsi webcam.Untuk call pc-2-pc, kita masih boleh menggunakan skype dan sbgnya.

Oleh kerana pidgin adalah instant messenger terbaik yang kita ada buat masa ini,dan kita terpaksa menunggu mungkin beberapa tahun lagi untuk mempunyai fungsi lengkap seperti yahoo messenger(versi 8), maka jalan lain yang boleh difikirkan apabila ingin call pc-2-pc atau webcam ialah boot kedalam windows!That's all!

Saya tidak mahu berbicara panjang soal itu.Ok,anda mungkin bosan dengan icon default sesuatu perisian dan pidgin adalah salah satu daripada perisian yang saya maksudkan.Bagaimana untuk mengubahnya/menukarnya?

Dalam ubuntu, icon-icon yang digunaipakai oleh software terletak dalam folder /usr/share/pixmaps/ .Ingin mengubahnya terlalu senang,hanya perlu replace icon/folder yang mengandungi icon software yang ingin diubah.Senangkan?Nampak macam senang, namun kita tidak dibenarkan sesuka hati mengubahnya/mengantikannya(replace) jika kita bukan "root".

Soalannya ialah bagaimana untuk "menjadi" root?Itulah gunanya terminal.Beberapa pengetahuan asal mengenai command-command terminal perlu difahami oleh pengguna ubuntu untuk memudahkan kerja menukar dan mengubah.Jika pengguna tidak suka mengubah apa-apa, lainlah pula ceritanya.

Ubah icon tema bagi pidgin

1>Pergi ke page ini dan dowload file yang diberikan.Atau download directly:

Save di desktop(cadangan).
2>Extract file berkenaan.(Folder pidgin akan muncul pada desktop)
3>Buka Terminal


Keterangan gambar:
1-bermaksud change directory (to) Desktop
2-bermaksud saya ingin move pidgin directory ke dalam folder /usr/share/pixmaps tapi error(boleh baca)
3-change directory (to) /usr/share/pixmaps
4-bermaksud saya rename folder pidgin(ini adalah folder asal bagi pidgin-saya ubah nama sebagai backup) kepada pidgin2nd(kepada apa sahaja pun boleh cth:oldpidgin)
5,6-kembali ke directory Desktop
7-daripada folder pidgin di desktop tadi(yang kita extract tadi) saya move folder tersebut ke dalam /usr/share/pixmaps
8-Selesai!

Untuk melihat perubahan pada pidgin, sila restart pidgin!

Screenshot icon:

Diharap artikel pendek ini dapat memberi gambaran dan ilmu kepada pengguna baru Ubuntu.

1 comment:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...