Thursday, November 22, 2007

OpenOffice.org 2.3 untuk windows, linux, mac

Mungkin ramai pengguna komputer masih terlalu asing dengan perisian yang dibangunkan berdasarkan sumber terbuka(Open Source).Tiada apa yang pelik kerana kita mengenali komputer melalui tetingkap windows dan microsoft.Bayang microsoft yang terlalu besar itu menyekat pandangan kita dari melihat kewujudan apa yang dinamakan sebagai Open Source.



Teringat saya ketika saya membeli laptop yang dipakai sekarang.Penjual bertanyakan saya samada mahu membeli laptop yang sudah terinstall Microsoft Office 2007 di dalamnya dengan bayaran tambahan RM150.Saya menolak mentah-mentah tawaran tersebut,kemudian balik kerumah dan install Microsoft Office 2007 yang telah di crack :P .Mungkin itu adalah cara altenatif bagi orang-orang yang tidak mahu "mengembungkan" kantung duit Bill Gates.Namun akhirnya saya berfikir, adakah hanya ini altenatif yang kita ada?

Jawapan yang saya dapat setelah mengenali Open Source ialah, TIDAK!

OpenOffice adalah perisian yang tidak kurang hebatnya jika ingin dibandingkan dengan Microsoft Office.Jangan salah faham!OpenOffice boleh diinstall ke dalam mana-mana sistem operasi seperti windows, linux dan juga Mac.Malah filenya jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan Mic Office dan "memory usage"nya juga adalah kecil .(Hanya 120MB : Mic Office dalam 300MB - kalau tak silap) Secara tidak lansung OpenOffice sangat sesuai diinstall ke dalam komputer berprestasi kecil dan sederhana dan insyaallah, fenomena "hang" ketika menyiapkan assignment, presentation dan sebagainya dapat dikurangkan.

Jika Mic.Word, Mic. Excel, Mic.Outlook,Mic. PowerPoint dan sbgnya adalah komponen yang terkandung dalam Mic Office, OpenOffice pula menawarkan writer(word processor-fungsi word), Calc (spreadsheet-fungsi excel),Impress (presentation-fungsi powerpoint),Base (database-fungsi mic access), Draw (fungsi coreldraw),Math (fungsi equation editor), dan Quick stater (run pada startup dan akan mempercepatkan proses membuka OO nanti).



OpenOffice boleh membaca semua file yang dihasilkan oleh Mic Office dan boleh di save ke dalam bentuk yang boleh dibaca oleh Mic Office.Apa yang lebih menarik ialah, OpenOffice juga boleh membaca file dalam bentuk (.docx) yang dihasilkan menggunakan Mic Office 2007.Mengapa menarik?Kerana file tersebut gagal dibaca oleh Mic Office 2003!Tapi,kita perlu install plugin tambahan untuk menyokong fungsi itu.Kerana ianya OpenSource, segalanya kelihatan tidak mustahil.




:Oops: Bukan sekadar itu, file yang dihasilkan boleh juga disave dalam bentuk pdf!Tidak perlu plugin tambahan untuk itu dan tidak perlu lagi pdf converter.





Segalanya percuma untuk perisian Open Source.Bagi saya, ianya adalah jauh lebih baik daripada terus menggunakan perisian yang di crack dan terpaksa bertarung dengan isu keberkatan dikemudian hari.Apa tunggu lagi?Segalanya ditangan anda untuk menentukan masa untuk berubah!

Dapatkan OpenOffice Sekarang! > Download page.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...