Sunday, November 25, 2007

Dapatkan Camtasia Studio 3 Percuma untuk windows



Techsmith,iaitu orang yang bertanggunjawab terhadap Camtasia dan mencipta banyak lagi perisian hebat untuk windows sedang membuat promosi untuk Camtasio Studio Versi ke 5.Promosinya ialah
Memberi Perisian Camtasia Studio Versi 3 dengan percuma, dan memperolehi harga istimewa untuk upgrade ke versi ke 5.


Apakah fungsi Camtasia Studio?



Secara kasar dapat saya katakan software ini berfungsi untuk record desktop video.Antara feature(ciri?) gempak yang terdapat pada Camtasia Studio ialah, ia boleh merecord bukan sahaja video desktop(full screen/certain region), malah audio dalaman dan luaran, pergerakan mouse, edit video yang direcord, fungsi upload ke web dalam format video yang pelbagai dan sebagainya.



Secara peribadi, saya tidak pernah menggunakan perisian ini sebelum ini.Namun inilah antara software yang paling ingin saya miliki untuk memudahkan kerja membuat screencast, video tutorial, curi video streaming atau flash di internet atau juga record rancangan Tv kegemaran.

Ianya satu perisian yang perfect untuk membuat video tutorial.Paling tidakpun, ianya untuk sesuatu seperti yang ditunjukkan dalam website ini.

Bagaimana untuk mendapatkannya?

1.Download Trial Version secara percuma dengan clik link ini;
http://download.techsmith.com/camtasiastudio/enu/312/camtasiaf.exe

2.Pergi ke page promosi dan isikan nama, negara dan email, dan Techsmith akan menghantar software key untuk unlock.
http://www.techsmith.com/camtasia/pcpls.asp

3.Install Camtasia Studio 3 yang didownload tadi dan masukkan unlock key.Perisian Camtasia Studio 3 telah menjadi milik anda!

4.(pilihan) Bagi sesiapa yang banyak duit, anda boleh upgrade Camtasia Studio 3 anda tadi kepada versi 5 dengan harga promosi, cuma $149 daripada harga asal $299 (jimat $150).

JANGAN bimbang, kalaupun anda tak upgrade, Camtasia Studio 3 anda masih kekal milik anda.


p/s:Saya baru sahaja dapat keygen untuk software ni.Tapi belum install lagi sebab saya dalam Ubuntu sekarang ;)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...