Saya sudah postkan satu entry tentang software yang disertakan bersekali dengan proses pemasangan ubuntu 7.10.Tidak lengkap sekiranya saya tidak menulis tentang apakah software lain yang perlu diinstall untuk melengkapkan keperluan bagi sesebuah komputer.
Oleh kerana ramai yang masih terlalu "baru" dengan dunia open source, maka kemungkinan juga tedapat beberapa software yang kita tidak kenali, tidak pernah dengar dan sebagainya sedangkan kadangkala software-software ini sangat berguna kepada pengguna komputer.
Dalam ubuntu, untuk menginstall sesuatu software baru, ada banyak cara yang dijamin ianya tidak akan merosakkan sistem komputer,mengundang virus dan sebagainya.Cumanya jika kita inginkan satu software tambahan, ingin menjadikan ubuntu seakan-akan windows dan sebagainya,maka kerja-kerja menginstallkan software "tersebut" adalah sangat rumit.
Saya mencadangkan pengguna ubuntu yang masih baru agar menggunakan Add/Remove Applications (Applications > Add/Rem App) untuk menginstall sesuatu software.Apabila Add/Rem ini dibuka, satu window sebegini akan keluar.
Untuk install sesuatu software, hanya perlu pilih software mana yang perlu diinstall dan klik butang Apply Changes.Oleh kerana terlalu banyak software yang ada, kita perlu memilih software yang diperlukan sahaja.
Antara software yang bagus untuk dicuba ialah;
Amarok, Exaile : Music(mp3) player
K3b : Burner
Kdenlive : Video Editor
Miro : Youtube player,downloader
VLC : Video Player
Istanbul Desktop Session Recorder : Rakam video Desktop
KTorrent : Macam uTorrent dalam windows
Inkscape : Macam adobe illustrator (Gimp dan terinstall- macam photoshop)
Kalau tak leh add sebab apa ya?
ReplyDeletemacam mana nak guna utorrent yer... bleh bagi tutorial
ReplyDelete