Saturday, November 17, 2007

How to install Songbird 0.3 on Ubuntu Gusty

Inginkan burung menyanyi di desktop anda?Songbird adalah jawapannya!

Apa itu Songbird?


Songbird adalah "desktop media player" bersekali dengan fungsi web yang membolehkan pengguna memainkan muzik daripada file dalam komputer dan file dalam web,membeli dan mendownload muzik melalui web,dan banyak lagi.


Songbird adalah media dan juga platform.Ianya dibina diatas mozilla platform dan seperti juga firefox,thunderbird, dan sunbird ianya adalah OS(Open Source).Songbird boleh diinstall ke dalam Linux(ubuntu),Mac Os,dan juga Windows.

Kelebihan songbird berbanding muzik organizer atau player yang lain?

Perisian songbird membolehkan kita search muzik di dalam web, kemudian kita boleh play muzik yang ditemui tadi dan yang paling best ialah kita boleh download secara terus ke dalam komputer kita.Screenshot ini mungkin boleh menceritakan fungsinya.


Klik pada image untuk paparan lebih besar.


Macam mana nak install?



Ada 2 cara untuk versi berbeza.
Untuk versi 0.2.5, sila install menggunakan automatix.

Untuk versi terbaru iaitu versi Songbird 0.3 agak sulit sedikit.

1.Pergi ke website Songbird dan download Songbird versi 0.3.
2.Save ke dalam komputer file tersebut.
3.Extract file dan letakkan folder yang telah diextract itu tadi pada /home/yourname/program (cadangan saya)
4.Masuk ke dalam folder itu tadi kemudian double klik pada file "songbird"
5.Satu window akan keluar untuk tujuan configuration.Saya tidak akan terangkan satu persatu step ini kerana suatu pengetahuan umum.
6.Selepas semuanya selesai,buat satu menu baru untuk songbird.Pergi ke menu > right klik >edit menu.Paparan seumpama ini akan keluar;




7.Pilih "Sound & Video" dan klik pada "New Item Button".Akan akan lihat paparan ini;




8.Ini adalah untuk tujuan "create launcher".
Name:Songbird

Kemudian klik browse > Cari file songbird yang anda double klik sebentar tadi.




Ok,Anda perlukan icon untuk menu songbird anda.Pergi ke website songbird > Pilih mana-mana icon yang macam best kemudian save pada desktop.

Rename icon tadi dengan songbird.png

Buka terminal dan taip coommand2 ini;


cd Desktop



sudo cp songbird.png /usr/share/pixmaps


Code ini bermaksud, kita copy songbird.png ke dalam folder /usr/share/pixmaps

Tentukan samada icon menu anda telah bertukar atau tidak(dalam kes saya bertukar secara automatik).Kalau tidak bertukar,pada window create launcher tadi,klik pada icon dan navigate pada image songbird.png dalam /usr/share/pixmaps itu tadi.

Then enjoy your bird!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...