Sunday, November 18, 2007

Leopard dock untuk windows dan menukar tema vista kepada leopard

Berita baik untuk pengguna windows vista yang meminati style/tema mac os x.Jika anda sentiasa mengikuti perkembangan blog ini,anda pasti pernah perasan gambar ini;

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dalam gambar ini saya aplikasikan RK Launcher yang bertindak sebagai dock - yang mana biasa dilihat pada desktop mac osx.Namun rupa asal Rk Launcher ini tidaklah seperti gambar diatas ini.Windowedge telah memgumpulkan icon,tema dan bermacam docklets tambahan(inspired by leopard dock) dan dikumpulkan/dicompile ke dalam satu installer yang akan menjana dock berbentuk diatas - bukan sahaja bentuk malah fungsinya juga hampir menyamai leopard dock!



Tidakkah ianya terlalu wow?

Ops, pernah ke saya mengatakan ianya hanya untuk windows vista?Maafkan saya jika pernah.Sebenarnya projek ini juga compatible (tested) untuk windows XP.Bagi yang tidak pernah merasai pengalaman menggunakan dock dan inginkan pengalaman menggunakannya, inilah peluang keemasan anda!

Harga? Ops, lupa untuk cakap 1 perkara yang penting. Ianya 100% PERCUMA, insyaallah takde spyware, virus,trojan dan seumpamanya.Namun untuk keselamatan, anda boleh scan terlebih dahulu installer yang telah anda download nanti.

Download?

Sila ke website ini [windowedge rk launcher leopard inspired].Browse posting pertama itu ke hujungnya dan ada link untuk download.

Untuk Icon, ada satu lagi topik forum dalam windowedge ini yang memberikan tutorial tentang bagaimana untuk menukar tema vista anda kepada tema leopard.Tutorial tersebut hanya untuk pengguna windows vista.

Sila ke sini [Vista to Mac OSX] dan ikuti penerangan disitu.Dalam tutorial ini dicadangkan menukar tema desktop menggunakan windowblinds.Kalau anda sudah ada windowblinds dalam vista, sila teruskan dengan tutorial.Masalahnya ialah jika tidak ada.

Ok,kalau tidak ada windowblinds ada satu lagi cara untuk menukar tema untuk windows vista dan cara inilah yang telah saya guna untuk desktop menjadi seperti diatas.Namun oleh kerana cara tersebut memerlukan kita mengubah beberapa file critical dalam sistem vista, saya tidak begitu menggalakkannya.Jika hendak mencuba juga, sila ke website ini.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...