Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
Pernahkah anda mendengar perkataan Embun?Embun, boleh diertikan sebagai sejenis batu permata, atau titisan air yang muncul diawal pagi , pernah digunakan sebagai tajuk bagi sebuah filem tentang kemerdekaan dan ... sebuah distro berasaskan ubuntu!
Seperti juga distro lain yang dibangunkan berasaskan ubuntu, embun yang dibangunkan oleh syarikat Xanadu mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu ia dibangunkan untuk rakyat malaysia supaya rakyat malaysia lebih mengenali dunia open source.Pun begitu, sejauh mana rakyat malaysia sedar akan kewujudan embun ini?
Secara jujur, saya mengenali embun sekitar bulan 11, 2007.Saya memendam topik ini begitu lama sebelum menulisnya pada hari ini.Sekilas pandang, embun tidak jauh berbeza dengan induknya iaitu ubuntu.Malah saya masih tercari-cari apakah sebenarnya yang membezakan antara kedua-duanya?Adakah kerana mengubah sedikit sebanyak tema desktop dengan mengantikan simbol ubuntu kepada simbol embun dan mengubah ikon asal ubuntu kemudian ia layak dipanggil distro?Jika YA, maka saya pun bercadang untuk mewujudkan satu distro bernama melayubuntu!
Sebelum saya mengarut panjang, anda yang berminat boleh membaca review tentang embun oleh softpedia dalam artikel bertajuk Embun: A Malaysian Ubuntu - Open Source operating system for all Malaysians!
Kadang-kadang saya pelik dengan developers dari malaysia.Seakannya pintu publisiti hanya berpusat kepada media cetak dan elektronik dan seakannya juga mereka menidakkan keupayaan blog sebagai satu media yang tidak harus diperlekehkan kewujudannya.Lihatlah apa jadi kepada makcik pc jika maklumatnya tidak disebar melalui blog.Tidaklah saya mengambarkan kuasa blog ini terlalu hebat tetapi AWAS, jika developers dari malaysia gagal menggunakan kemudahan cyber yang ada, mereka akan tewas!Percayalah.
ni aku baru 1st time tau embun ni ..
ReplyDeleteada add firewall n antivirus .. tp setakat mana development nye ? adekah still akan update macam ubuntu .. 7.04 7.10 .. ?
pasal advertisement pon 1 hal jugak , tak pnah pon tau ade .. takpe la .. aku akan sebarkan ..
Wuwuwuwu.... Embun...
ReplyDeleterasanya mmg best la... tepat pada citarasa aku.. aku memang pakai client deluge pn kat windows aku... memang laju giler..
siapa yang wat bende2 cam ni... aja sket eh... :D
Tak try lagi EMBUN . . . tp tengok image desktop kat SOFTPEDIA tu . . . die gune bahase ENGLISH ek ? ? ? humm . . . ingatkan dah tukar sume bahase Melayu . . . kalo camtu better gune UBUNTU pastu select bahase Melayu sbg bahase perantaraan dier . . . tp kalo nak logo EMBUN jugak tu terpakse la install EMBUN . . . & pasal nak release distro MELAYUBUNTU tu ko nak pakai logo aper ? ? ? MelayuBuntu dah ader logo sendiri ker ? ? ? Hehe . . . teringin nak tengok logo MELAYUBUNTU . . .
ReplyDeleteaku mak buat sembangkomputer.combuntu! eh tak sedap lak bunyi nye. kensel2
ReplyDeleteHummmm... Jangan terkubur macam Linux Malaysia si Ketupat udah
ReplyDeletep/s Embun tu mungil2 dan indah macam Embun manusia tak? Hahhahah
ermmm...kita pun first time dengar pasal embun....orang malaysia ni memang power tp kita sendiri tak nak menwar-warkan pada rakayat kita sendiri...pasal ko nak wak ubuntu tu..aku nak join...boleh
ReplyDelete#dayat : still update atau tak aku xpasti la..lgpun mcm xbrape femes dan org mlesia mcm aku pun baru tahu...hehe
ReplyDelete#nazri : uih..nak wat ker??aku ada maklumat tapi xpnah cuba wat...haha
#air : english tu leh tukar kpd bhs melayu..sbb takkan la mamat kat softpedia tu nak pasang dlm bhasa melayu kot...hehe...
Yg pasal distro melayubuntu tu aku main2 jela...haha..xkan la nk buat btul2 kot...kepakaran xde nih...wakakak...
#khairul : haha..apsal mesti ada buntu??ekekek...
#Azhar : hehehe...2 aku xberapa pasti...linux malaysia si ketupat tu ape ek??
#kita : nak join? boleh jerr..haahhaha...
Embun lahir bila Ubuntu takde default BM, tak macam fedora, ada default BM.
ReplyDeleteNak guna BM pada UBuntu kena instal pakej tambahan, baru ada BM.
kalau ubuntu dah boleh install default ke BM, Embun tak perlu ada.
Aku baru je beberapa bulan guna ubuntu, jadi jangan slaahkan aku kenapa ubuntu takde default installation BM.
Anyway korang leh salahkan aku kenapa Terjemahan GNOME tak dikemaskini.
uiks...encik sebol...komen mu membuatkan aku berfikir banyak benda..haha..adakah dirimu yg terlibat dlm pembikinan embun ini??ekekke...
ReplyDeleteaku terlibat dengan gnome,
ReplyDeleteubuntu guna gnome
fedora guna gnome
embun pun guna gnome
dipendekkan cerita aku terlibat juga la
mau bukti?
http://cia.vc/stats/author/sebol
Aku baru cuba LiveCD embun ni, belum sampai masa nak install betul2 lagi. Tapi memang sesuai untuk first time ubuntu user (aku pun termasuk sama). Ada MP3 format support, codec2 aku tak pasti apa yang ada tapi boleh dikatakan semua video dalam PC aku boleh main (avi/mkv, codec xvid/h264 dan ntah apa-apa lagi). Memang kena la pada target user dia. Cuma ntah kat mana silapnya bila aku nak restart dia akan stuck selepas CD tray kuar.
ReplyDelete#Sebol : huhu..bagus2..truskan usahamu...aku rasa mls plak nak menyumbang..hahaha...
ReplyDelete#faizul : owh..yer ek? Bagus gak eh embun nih..hehe..try la install n share kt sini pengalaman..hoho
ye ke..
ReplyDeleteaku selama ni layan windows je... skrg baru start layan unix/linux... tu pn sebab keje kilang aku pakai bende tu... kalau tak haram la aku nk cuba...huhu