Monday, February 18, 2008

Santai : Belajar dari Apple

Baru-baru ini saya telah membeli Macbook versi 2.2GHz(kerana versi 2.0Ghz tidak boleh burn DVD) daripada Apple store melalui telefon.Kerja memesan agak straightforward dan lelaki dihujung talian kelihatan melakukan kerjanya secara amat professional.Diakhir perbualan, lelaki tersebut menambah, produk yang anda pesan akan sampai dipintu rumah anda esok ataupun lusa bergantung kepada jarak destinasi tempat penghantaran.

Tindakbalas spontan saya ketika itu ialah "Wow!Cepatnya..!"

Lusanya, saya menerima pesanan saya.Dihantar tepat seperti dijanjikan dan saya membayar tepat seperti harga yang tertera pada resit.

Sebenarnya saya agak lama juga menjadi pemerhati dan pengkaji amatur kepada syarikat Apple.Bagaimana sebuah syarikat sepertinya yang menjual sistem operasi beserta hardware yang diciptanya sendiri dengan harga yang mahal tetapi semakin hari semakin mendapat sambutan.Bagaimana mereka melakukan?

Branding(Penjenamaan)
Saya rasa ciri ini perlu ada kepada semua syarikat yang bercita-cita besar.Kita melihat 2 benda yang mempunyai fungsi yang sama tetapi kadangkala mempunyai harga yang berbeza sama sekali.Contohnya;Baju jersi MU Ori dijual dengan harga RM250 keatas walaupun baju yang sama juga boleh didapati dengan harga RM50 kebawah dipasar seni dan pasar malam.

Mencipta brand sendiri bukan satu kerja mudah yang boleh selesai dalam 1 malam.Katakan anda mempunyai blog bernama melayubuntu dan anda ingin meletakkan nama tersebut sebagai trademark kepada blog anda.Bagaimana mencipta brand?Sudah tentu ia memerlukan fokus yang tepat, komitmen yang tinggi dan idea yang mencurah.Kerana itulah setiap kali saya meninggalkan komen dimana-mana blog, saya akan menulis nama saya sebagai melayubuntu mengantikan nickname saya sendiri!

Hasil kepada meninggalkan jejak "melayubuntu" di setiap blog yang saya lawati, melalui google analytic saya mendapati keyword paling popular yang membawa pelawat keblog ini ialah keyword melayubuntu.Setelah 4bulan blog ini dialam maya, keyword melayubuntu telah menghantar 423 orang ke blog ini dan ia satu angka yang memberangsangkan.

Kualiti
Ya, kualiti mempengaruhi banyak benda dan banyak minda.Apple telah beralih daripada menggunakan Powe PC kepada Processor Intel kerana kepantasan processor Core 2 Duo dan faktor performance per voltage komputer miliknya.Apa jua risiko perpindahan tersebut perlu ditelan semata-mata untuk menyediakan kualiti yang terbaik dengan prestasi yang paling terkedepan dengan pesaing.

Begitu juga dengan dunia menulis blog, menghasilkan produk dan sebagainya.Meletakkan faktor kualiti dalam prioriti tertinggi adalah sesuatu yang wajib jika kita ingin maju ke depan.Pengguna produk kita akan mengingati jenama kita jika produk berkenaan berkualiti.Ini beerti, penjenamaan dan kualiti saling berhubung kait antara satu sama lain.Rosak kualiti akan memberi kesan kepada jenama!

Iklan
Iklan berkait rapat malah tersangat rapat dengan penjenamaan.Orang berkata, "jika kita ada sesuatu yang berkualiti untuk dipasarkan tetapi tidak siapa yang tahu mengenainya tidak berguna".Begitulah juga syarikat apple.Kualiti dan iklan diseiringkan prioritinya supaya mendatangkan impak pasaran yang lebih kuat walaupun dengan harga yang berganda dari produk saingan.

Katakan anda memiliki produk yang dihasilkan dengan modal 100 ribu.Agaknya berapakah yang ingin anda laburkan untuk tujuan pengiklanan?Setkan kedalam minda, 50% daripada modal untuk produk(sekitar 50 ribu) harus dilaburkan untuk tujuan pengiklanan dan hebahan.Ya, ianya terlalu berisiko dan risiko ini hanya diambil oleh mereka yang yakin dengan kualiti produk mereka.Betul bukan?

Packaging
Saya juga pernah membeli ipod nano daripada Apple Store.Ia dibungkus cantik dalam bekas plastik lutsinar ala-ala bekas cincin berlian.Sungguh mempersonakan.Macbook, Macbook Air, iMac dan beberapa lagi produk syarikat apple menawarkan bentuk dan design yang menawan kepada pembeli.Macbook yang saya beli juga dibungkus kemas dengan bahan serba putih dan sunguh menarik perhatian.

First Impression sangat penting! First Impression saya terhadap Macbook yang saya beli ialah ketika membuka kotaknya.Jika ia menawan hati, maka produk dalaman juga bakal menawan hati.Dan sebaliknya akan berlaku jika first impression-nya adalah ala-kadar.Seumpama sebuah cincin berlian haruslah berada didalam bekas cincin yang sangat cantik.Disaat ia dihulurkan kepada sang penerima, dia sudah dapat mengangak isi dalaman disaat melihat bekasnya sahaja.Betul bukan?

Customer Servis (Perkhidmatan Pelanggan)
Sudah lama saya perhatikan,dunia semakin menerima konsep straightforward.Tidak perlu perkara-perkara leceh dimasukkan kedalam proses transaksi antara 2 pihak.Namun anda semua maklum berkenaan malaysia.Daripada birokrasi kepada kedai mamak ditepi jalan, customer servis yang ditawarkan masih ditahap dunia ketiga.Ala-kadar atau lebih teruk!Jika anda berpeluang ke mana-mana negara maju, anda akan dapat memerhatikan bagaimana slogan "customer always right" itu bukan sekadar slogan tetapi memang betul-betul diamalkan.

Di Malaysia masih banyak halangan untuk ia maju ke taraf negara maju dan antara yang perlu diperbaiki ialah mentaliti rakyatnya.Saya tidak nafikan bahawa sesetengah daripada rakyat malaysia sedar akan perkara ini tetapi kebanyakkannya masih lagi berfikir dibawah paras negara maju atau saya gelarkan minda dunia ketiga.Kadang-kala kita tidak berpuas hati jika kita dilayan secara biadap oleh sesetengah orang atau pelayan kedai mamak, namun kadang-kala kita juga bersikap sama dengan pelanggan kita sendiri.Lalu dimana penyelesaian?

Cukuplah beberapa perkara untuk dikongsi disini.Artikel ini boleh diklasifikasikan sebagai motivasi, cerpen, novel dan sebagainya.Namun kebenaran harus diterima bersama hati yang lapang dan perasaan ingin berubah untuk mara kehadapan!

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner


9 comments:

  1. yup, saya sependapat dengan ko bro zul :) saya pun ada planning mau beli macbook (or maybe pro?) ... n i hope saya dapat meningkatkan productivity saya by using this damn good machine... though ubuntu is really damn nice too hehe, :D

    ReplyDelete
  2. fuhhh kemas dan padat tulisan ubuntumelayu hari ini....memang tidak dapat dinafikan setiap patah perkataan yang dicurit,,tepat dan betul

    ReplyDelete
  3. tulisan yg bagus..tahniah bro
    aku pun pengguna ubuntu n mac os..ape kate pasni ko wat blog malaysianmac plak..:)

    ReplyDelete
  4. #Ojat : Macbook pro?Wah..bajet besau nmpak...hehe..

    #Azhar : hehe...yelakot

    #Kita : terima kasih..hehe

    #Tookoo : owh, guna ubuntu dan mac gak ek..bagus2..errr...buat masa ni nk fokus kt ubuntu dlu..huhu

    ReplyDelete
  5. wah, saya mampir lagi nih pak melayu ubuntu :) blogger malaysia memang yahud! tulisannya sangat bermanfaat. saya juga mau pesan macbook seperti anda, apakah pembayarannya setelah barang di antar, atau melalui bank. trima kasih banyak.. salam blogger dr indonesia :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum saudara zul,

    hehe, akhirnya jadi apple fanboyz jugak ya, tahniah! aku pun sama, kotak macbook pro dan wireless mighty mouse semua aku simpan buat kenang-kenangan.

    ok sekadar renungan untuk windoze fanboi semua.

    pertamanya semua perisian mac ada disertakan dengan toturialnya sekali. begitu juga dengan tips, iklan dan sebagainya. boleh layari apple.com.

    sekarang ni aku paling berminat nak buat photo album dari iPhoto. mudah sangat sebab layout dah disediakan dan hanya perlu susun gambar dan ayat, kemudian print ke pdf (option yang standard untuk apple). pastu hantar ke mana-mana wakil apple.

    keduanya aku tunggu office belikan aku videocam untuk aku guna iMovie. iMovie ni best jugak. tak susah sangat nak buat.

    yang lain-lain tu secara ringkaslah ya. 1. kalau dah pakai mac tak perlulah nak parallel desktop tu. lagipun ini mac bukan pc ok! aku guna microsoft word dalam leopard, pastu aku kasi kat kawan yang pakai pc, semua boleh buka, tak ada masalah. file word atau excel dari pc pun boleh buka di dalam mac tanpa perlu guna parallel desktop.

    2. aku suka guna screen saver (klik system preferences kat dock), pilih rss visualizer, cantik gambar langit biru dan screennya bertukar setiap 3 saat yang disertakan dengan 4 berita berkenaan mac. boleh klik 1, 2, 3 atau 4 pada keyboard dan screen akan bertukar ke website yang berkisah tentang apple. berita yang tak semestinya dari apple.com sahaja.

    3. aku letak dictionary kat dock. kamus yang canggih sebab dilinkkan kepada thesaurus, apple dan wikipedia. kalau tak faham satu-satu ayat terus aja taip kat dictionary tu untuk fahamkan terjemahannya.

    4. jangan lupa photo booth tu, bukan sekadar boleh ambik gambar tapi juga ambik video. pastikan cahaya cukup, kalau tak gelap nanti.

    5. selain boleh bluetooth seperti transfer lagu dari iTunes dalam mac ke handphone, baru-baru ni aku agak terkejut juga. aku boleh back-up ke server jenama maxtor secara wireless. sekarang ni memang dah ada boleh back-up secara wireless tapi baru aja launch last month sekali dengan macbook air. sedangkan maxtor aku ni dah lama beli tahun lepas. hairan pulak aku, selalunya aku pakai networking cable aja. entahlah benda-benda macam ni aku kurang sikit sebab aku bukan geek. tapi best jugak boleh back up wireless.

    oklah setakat tu dulu, nanti sambung lagi. sekarang dah ada geng pakai mac, bolehlah aku mintak supaya dilebihkan tutorial tentang mac di web ni di masa akan datang.

    hidup pakcik $teve job$, eh silap hidup melayumac (terkena aura election) hehe.

    untuk lebih sensasi klik http://fakesteve.blogspot.com.
    baca kat greatest hit dia yang bertajuk 'siooma' di mana fake steve jobs belasah steveballmer, si mon(k)ey boy tu habis-habisan.

    untuk di malaysia pula klik mymug.org

    ReplyDelete
  7. ahha..dh lama xnmpak brader mac bg komen..hehe...
    melayumac??emm...belum bercadang lg..tp dah ramai yg dok cadang kat aku cam2.Dalam mail pun byk yg bagi cadangan tu..hehe

    ReplyDelete
  8. mr cappucino : yg tu bergantung kat kita la...biasanya setiap negara perkhidamatan lain2...yg pasti paling senang pembayaran melalui kad kredit..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...