Wednesday, February 06, 2008

KDE 4 untuk windows dan mac osx

DAC768D8-8C53-44D7-9189-D890B5848327.jpg
Umum mengetahui dan telah melihat bagaimana KDE 4.0 yang dilancar pada 11 Jan tahun ini telah beraksi dalam kotak-kotak pengguna linux.Umum juga telah faham kebaikan dan kelemahan yang ada pada KDE 4.0.Namun apakata kalau saya katakan disana ada versi KDE untuk windows dan mac osx?Sebenarnya saya teragak-agak untuk menulis tentang KDE untuk windows dan mac osx ini kerana orang akan bertanya, apakah perlu bagi kita untuk menginstall KDE kedalam windows atau mac osx dan saya tiada idea bernas untuk menjawab pertanyaan tersebut.

Pada persepsi saya, apabila pengguna windows atau mac osx menginstall KDE ke dalam komputer mereka, mereka akan dapat menginstall aplikasi yang dibina untuk KDE juga.Apa yang saya masih ragu ialah, adakah tema desktop yang dibina untuk KDE masih boleh diaplikasikan atau tidak dalam kotak windows atau mac osx?

Apapun keraguan dan persoalan yang muncul, ianya akan terjawab jika kita sendiri mencubanya bukan?Saya telah mencuba KDE 4 didalam ubuntu.Oleh kerana saya tidak mempunyai windows, saya harap akan ada diantara kita yang mencubanya bagi pihak windows.Bagi mac osx pula, saya kira tidak ramai yang memakainya.

Package KDE 4 datang dengan beberapa perisian yang pre-installed seperti dolphin(file manager), Konqueror(browser), Kwrite(notepad), Kate(text editor), Kfind(file search tool), Kig(Figure Editor) dan bermacam lagi.Sekiranya frasa KDE 4 untuk windows adalah menyamai frasa KDE 4 untuk ubuntu maka sudah pasti kesemua aplikasi yang terkandung dalam package KDE 4 ini turut sama boleh digunakan dalam windows.Begitulah juga bagi kes mac osx.

Sekiranya ada yang berminat mengetahui lebih lanjut berkenaan KDE4 untuk windows, sila klik link berikut;
Can KDE Save a Dying Windows Platform?

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

2 comments:

  1. salam..kde bes x?aku pnah try LIVE CD yg pakai KDE, tp bukan ubuntu, Freespire ngn Pioneer, tp cam xxbes jek..xtaula, blom btol2 gune..

    ReplyDelete
  2. ermm...1st impression tak begitu bes bg aku...lansung aku bertukar kpd gnome...tapi klu pakai lama2 dah biasa ok la kot..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...