Tuesday, February 26, 2008

e-MAJALAH mencipta rekod!

Didownload sebanyak 194 kali dalam masa kurang 24 jam adalah satu rekod penerimaan yang memberangsangkan bagi versi percubaan e-MAJALAH MELAYUBUNTU.Rekod ini sekaligus mengatasi rekod tutorial saya tentang cara-cara install leopard kedalam PC yang setakat ini setelah 20hari saya upload mencatatkan rekod 453 kali didownload dan secara puratanya 25kali sehari.
download-count.gif

Saya merasa begitu teruja dengan tahap penerimaan yang sebegini memberangsangkan dan sedikit berasa malu kerana hanya sempat menyiapkan 4 halaman sahaja setakat ini untuk ditatap oleh pembaca melayubuntu.

Tutorial Leopard
Berbalik kepada tutorial Leopard, hampir 500 orang telah mendownloadnya tetapi saya masih belum menerima sebarang pertanyaan masalah atau laporan keberkesanan tutorial tersebut.Yang ada hanyalah laporan dan respon tentang betapa besarnya fail yang perlu dimuat turun.Ya, saya mengakui failnya agak besar iaitu sekitar 3.5Gig dan bukanlah satu kerja yang senang untuk memuat turun sesuatu fail yang sebesar itu apalagi dibantu dengan kelembapan sesetengah internet servis provider di Malaysia.

Namun itu bukan masalah saya sebagai dipihak yang menyediakan bahan dan perkhidmatan tunjuk ajar dalam suasana perkongsian siber.Saya berharap apa yang saya lakukan disini hari ini mampu memberi kebaikan walau bukan untuk semua orang, paling tidakpun untuk sesetengah orang.

Terima Kasih atas sokongan dan dorongan semua =)

Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

3 comments:

  1. Saya tak donlod lagi.... tungguuuu bila ada dapat PC nanti

    ReplyDelete
  2. wah... sudah mantap.. ni yang sayang ubuntu bahasa melayu ni.. Rajin sungguh beliau.

    ReplyDelete
  3. kamu memang hantubuntu, wakakaka....

    ko mmg terer

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...