Tuesday, June 24, 2008

Ubuntu Mirror di Malaysia

Dua hari lepas saya melayari laman web myfenris dan terdapat post tentang Ubuntu mirror di Malaysia. Satu menggunakan server oscc.org.my dan satu lagi server mmu.edu.my.

Artikel asal adalah disini : http://blog.myfenris.net/?p=457

Walaubagaimanapun saya belum pasti tentang kelajuan sebenar kedua-dua server ini. Saya pernah terbaca semalam mengatakan server mmu mempunyai kelajuan 100Mbps dan oscc mempunyai 10Mbps. Saya sendiri telah mencuba server mmu dan average kelajuan yang saya dapat menggunakan streamyx 512Kbps ialah dalam 45KBps.

Cara-cara untuk memasukkan senarai kedua-dua mirror ini adalah seperti dengan menjalankan arahan berikut di terminal (pilih salah satu):

Server mirror.oscc.org.my :-

sudo wget http://blog.myfenris.net/files/myoss/ubuntu/oscc.list -O /etc/apt/sources.list.d/oscc.list

Server ubuntu.mmu.edu.my:-

sudo wget http://blog.myfenris.net/files/myoss/ubuntu/mmu.list -O /etc/apt/sources.list.d/mmu.list

Kemudian sila type sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade.

Tq kepada sesiapa yang telah membuat mirror ini. Dan rasanya usaha ini amat bermakna bagi pengguna Ubuntu. Cuma saya harap mirror ini dapat terus bertahan sampai bila-bila supaya Ubuntu dan Linux akan terus berkembang di Malaysia.

13 comments:

  1. Saya tak tahu mirror 2 ni utk apa.adakah lebih laju

    ReplyDelete
  2. secara asas mirror ni adalah replika kepada laman web utama. sebagai contoh dalam kes ini laman web utama ialah di ubuntu.com. namun sekiranya kita terlalu bergantung kepada laman utama, masalah yang akan timbul ialah penggunaan bandwith yang terlalu tinggi dan juga kesesakan kerana satu dunia menggunakan satu server. Selain itu, jarak antara tempat kita dan juga server tersebut menyebabkan connection slow dan lambat. Jadi bagi mengatasi masalah ini, terciptalah mirror server dimana kita hanya perlu mencari mirror yang terdekat supaya connection menjadi pantas dan tiada kesesakan pada server. Antara mirror yang terdekat dengan kita ialah di Taiwan dan Jepun. Australia pun boleh kalau dah terdesak.

    ReplyDelete
  3. 100Mbps dalam kampus je...itupun yg kampus cyberjaya.

    ReplyDelete
  4. http://linuxsig.net

    ReplyDelete
  5. MMU nyer server laju.
    pakai le MMU nyer server eh ^^

    p/s:ni pednpat aku dlm sehari.korunk cube² la eh.aku x pakai pon.hehehe

    ReplyDelete
  6. oscc kalo tak silap aku 8mbps saja
    tahu dari orang oscc jgk.
    sebelum ni 4mb
    dah naiktaraf ke 8mbps

    ReplyDelete
  7. opss.. mirror yg terdekat bukan australi atpi di indon..
    http://kambing.ui.edu

    ReplyDelete
  8. terima kasih kasi link ni dulu masa mula2 update
    lembab gila

    ReplyDelete
  9. wah mirror saya dah jahanam.. adakah saya tersilap taip?
    E: Type '--2009-02-12' is not known on line 1 in source list /etc/apt/sources.list.d/mmu.list
    E: The list of sources could not be read.

    ReplyDelete
  10. http://www.mirror.upm.edu.my/ubuntu/

    145Mbps

    ReplyDelete
  11. singap paling dekat. 200mbps ke atas

    ReplyDelete
  12. Saya gunakan server Taiwan. Tu la paling laju bagi saya. Dekat 100kbps.

    ReplyDelete
  13. saya ade terbaca artikel mengenai chevna linux based on ubuntu..ape beza chevna dengan ubuntu???dan laman webnyer pon outdated...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...