Friday, June 06, 2008

Ubuntu ialah tentang komuniti.. bukan agenda peribadi.

Saya sempat membaca satu artikel bertajuk "why did ubuntu end up so popular" yang menyebut tentang tahap permulaan ubuntu yang mengfokuskan kepada pengguna komputer peribadi sebagai antara sebab mengapa ia cepat menjadi popular. Saya merupakan orang yang paling ingin bersetuju dengan statement ini kerana saya juga seorang pengguna komputer peribadi.

Jika ubuntu fokus kepada pengguna bisnes, beberapa sebab akan menyumbang kepada kegagalannya kerana ;
  • orang bisnes ingin tumpu kepada bisnes dan bukannya belajar cara guna komputer
  • orang bisnes ingin penyelesaian yang cepat kepada masalah
  • orang bisnes ingin komputer yang kompetitif dan tahap kompatibiliti yang tinggi untuk menambahkan produktiviti
Apabila ubuntu fokus kepada pengguna komputer peribadi, ceritanya bertukar kerana
  • pengguna komputer peribadi inginkan kebebasan dan bukan halangan
  • pengguna komputer peribadi suka habiskan masa bersama komputer untuk belajar banyak benda
  • orang perseorangan lebih sukakan bentuk komuniti, berkongsi ilmu dan maklumat dengan kawan-kawan
  • pengguna komputer peribadi biasanya tidak mahu berbelanja lebih untuk antivirus dan perisian berbayar
Ada pembaca melontar kritikan kepada saya, apa susah-susah belajar guna ubuntu sedangkan windows sudah ada. Senang guna, banyak rujukan dan sebagainya.

Di Malaysia, perkembangan ubuntu masih terlalu awal. Tidak banyak rujukan, penggunanya pun sedikit, orang yang tahu tentang ubuntu pun amat sedikit peratusannya. Ada masalah tidak tahu tempat untuk dirujuk. Windows menjadi pilihan bukan kerana windows tidak ada masalah lansung tetapi masalah windows senang diselesaikan kerana ramai pengguna, banyak rujukan dan semua orang tahu menggunakan windows.

Disaat emaj ubuntu for malaysian yang saya tulis mencecah angka 3000, saya bertanya kepada diri sendiri. Apakah agaknya yang terlontar kedalam fikiran pembaca melalui majalah elektronik tersebut. Anda mungkin tidak tahu atau malas nak tahu betapa susahnya untuk menghasilkan sesuatu seperti itu seorang diri. Alhamdulillah. Ia telah terhasil.

Beberapa hari yang lalu saya membuka peluang pembaca blog ini untuk menjadi penulis kerana saya semakin merasai bahawa saya akan gagal jika membawa agenda ini secara perseorangan.

Sebab kedua mengapa ubuntu itu popular bukan kerana orang perseorangan tetapi kerana komuniti. Saling kuat menguatkan dan saling bantu membantu. Ubuntu telah membentuk satu komuniti yang besar di kebanyakkan negara termasuk indonesia. Di Malaysia, forum ubuntu malaysia masih agak lengang mengambarkan betapa sedikitnya peratusan pengguna ubuntu di malaysia.

Beberapa hari lepas saya menerima satu tawaran dari sebuah syarikat hosting untuk menaja domain name dan hosting bagi blog ini. Saya agak kaku untuk membuat keputusan tentang perkara itu sebenarnya. Ini kerana saya ingin blog ini terus boleh dibaca untuk 100 tahun yang akan datang selagi mana syarikat google sudi menyediakan perkhidamatan blogspot ini. Saya ingin tulisan saya hari ini terus boleh dibaca, ilmu yang saya titipkan terus boleh dihayati dan setiap masa yang saya luangkan disini terus boleh diambil faedahnya bukan sahaja untuk esok, 2 tahun lagi tetapi sampai bila-bila - selagi mana ia boleh access melalui internet.

Wahai pembaca melayubuntu, saya berharap keputusan saya untuk tidak bertukar platform ini merupakan keputusan yang paling betul bukan untuk saya sendiri tetapi untuk pembaca sekalian, komuniti ubuntu dan untuk masa akan datang.

7 comments:

  1. Aku setuju 100% dengan komen saudara di atas.Memang sukar mengajak sesiapa pun bertukar ke ubuntu (dalam kes ni ubuntu lebih ramai komuniti berbanding distro lain walaupun ade distro lebih mesra pengguna seperti mandriva).

    Bukan kerana ubuntu tetapi sikap sesorang itu yang telah dimanjakan dengan windows. Percaya atau tidak, dari 10 orang pengguna komputer peribadi di Malaysia, 9.5 orang menggunakan Windows lanun (cetak rompak). Yang selebihnya original sebab dah beli PC branded (DELL, HP dll).

    Aku sendiri dah mula berjinak2 dengan mandrake (sekarang mandriva) sejak tahun 1999 lagi. Satu persatu distro dah aku cuba dan akhirnya aku maintain dengan Ubuntu. Sampaikan aku paksa semua PC kat office aku guna Ubuntu.Memang ada yang merungut, tetapi lama2 dah kurang sebab PC masing2 dah takda lagi masalah virus,spyware atau ape2 ware lagi.

    Kepada saudara, tahniah kerana sudi melapangkan masa dan tenaga untuk update blog ini terutama sekali untuk pengguna2 di Malaysia. Dan ingatlah, anda tidak keseorangan.

    ReplyDelete
  2. @metabass : thanks bro... aku pun harap aku tak keseorangan...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah saudara zul tak keseorangan. :)
    ramai yg berminat cuma tak semua yg bisa meninggalkan komen atas macam2 sebab. :)

    ReplyDelete
  4. lantak la ape kawan pakcik kata.. janji pc buruk pakcik sekarang boleh online tanpa sebarang HANG dari guna windows xp.... cume pakcik masih belajar guna gimp...

    ReplyDelete
  5. Orang bisnes nakkan reliabiliti yg mana ada pada Linux dan BSD. Kepenggunaan adalah tidak penting.

    ReplyDelete
  6. Macam ko cakap komuniti, yes aku sokong 100% jugak beb.

    ReplyDelete
  7. Dan sekarang baru aku faham tujuan utama blog nih. thank kerana ingatkan aku

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...