Friday, June 06, 2008

Zaman telah berubah. Gunakan Feedreader!

Disuatu pagi ditahun 1998. Selepas menghantar anaknya kesekolah, Azman singgah di gerai majalah untuk membeli akhbar utusan malaysia sebagai tatapan wajibnya setiap pagi...
Bro, zaman itu sudah berubah!

Kini, dengan kecanggihan teknologi maklumat yang diwar-warkan sebagai maklumat dihujung jari, feed reader merupakan perisian wajib bagi pengguna komputer yang mempunyai sambungan internet dirumah, pejabat dan dimana sahaja internet boleh di access.

Samada laman web blog (seperti blog ini), web berita (utusan, harakahdaily, malaysiakini), laman forum (ubuntuforum, forum ubuntu malaysia) dan sebagainya sudah dilengkapi fungsi suapan (feed) untuk kegunaan bagi mengemaskini kandungannya. Dan perisian untuk membaca kemaskini suapan tadi dikenali sebagai feed reader (pembaca suapan).

Dalam ubuntu, saya menggunakan RSSOwl untuk membaca laman web kesukaan dan mendapat update terkini dari laman web berita. Pun begitu, saya tidak begitu menggalakkannya kerana ia memerlukan aplikasi java terinstall dalam ubuntu dan interface (paparan antara muka) nya yang agak complicated dan berserabut.

Kerana itulah saya telah beralih kepada liferea (linux feed reader) yang lebih simple dan mudah digunakan dan cara installnya pun mudah. Cara installnya adalah dengan menggunakan add and remove application dan sila pastikan universe and multiverse repositories dienablekan terlebih dahulu.

Selepas install, liferea sepatutnya boleh dilancarkan dalam menu application - internet. Pada paparan liferea sile ke menu subscriptions - new folder dan namakan folder baru sebagai "blog tempatan". Pilih folder baru yang terhasil dengan klik padanya dan klik New Subscription.. dan masukkan alamat feed blog kesukaan anda;



Klik OK dan itu bermaksud anda telah subscribe kepada satu-satu laman blog. Anda bebas untuk buat folder lain seperti "Akhbar", "Blog Rakan Blogger" dan sebagainya. Folder "International" dalam screenshot diatas tersedia secara default dan kita boleh delete kemudiannya.

Untuk mengetahui alamat rss feed sesuatu laman sila perhatikan screenshot dibawah;

rssreader-subscribe.png

Satu ikon yang saya yakin cukup familiar dengan anda. Link yang ditujukan oleh ikon tersebut itulah alamat feed yang perlu dicopypaste kedalam kolum screenshot pertama diatas.


membaca blog melalui feed

Apa yang bagusnya menggunakan perisian feedreader ialah
  • tidak perlu mengembara dari 1 blog ke blog yang lain untuk membaca
  • tidak perlu reload keseluruhan page semata-mata membaca 1 entri
  • dapat update tentang berita semasa dalam masa singkat
  • menjimatkan masa terutamanya jika internet anda lembab
  • dapat menggurangkan penggunaan RAM komputer disebabkan membuka terlalu banyak tab dalam browser
  • dan sebagainya..
Anda juga boleh klik pada preferences untuk mengubah setting supaya perisian liferea ini update seluruh feed dalam kekerapan tertentu dalam tempoh masa tertentu.

Suatu pagi ditahun 2012, Selepas solat subuh Azman membuka komputernya dan melancarkan perisian liferea. Banyak berita baru yang terupdate dari laman web utusan, berita harian, harakahdaily termasuk juga blog rakan-rakannya...
hehehe...aku bukan sasterawan!

2 comments:

  1. huhu.ak de pengalaman burok dgn RSSOWL..pada mulanya mmg syiok pkai RRSOWL..interface dgn function baguz..tp stu hari laptop ak crash..haha..RSSOWL pun crash..xble nk backup dh feed yg ak langgan..so,terpaksalah bermula balik..dan skang ak pki Google Reader jek..huhu..

    ReplyDelete
  2. @awqi_zar : bleh backup dlu subscribtions yg dh kite wat.. dan bleh kongsi2 plak tuh..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...