Tuesday, June 03, 2008

Cara-cara untuk menginstall Java (JRE dan JDK) kedalam Ubuntu Hardy Heron

Sekiranya anda adalah pengguna Java sama ada JRE atau JDK, anda sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menginstallnya melalui Add/Remove Applications. Tetapi terdapat satu masalah kepada saya dimana apabila menggunakan OpenJDK, ada diantara aplikasi yang tidak disokong oleh OpenJDK contohnya apabila saya cuba menginstall LimeWire kedalam Ubuntu, ia memerlukan saya menginstall Standard JRE daripada Sun jadi disini akan berlaku pertindihan diantara OpenJDK dan juga JRE daripada Sun Microsystem dan ini semestinya telah merugikan space harddisk. Terdapat juga masalah apabila saya cuba menginstall plugin untuk mozilla, setelah plugin siap diinstall, namun saya tetap tidak dapat memainkan java applet di java.com. Jadi disini saya akan menerangkan cara-cara untuk menginstall java Sun Microsystem.

Untuk install JRE sila type arahan dibawah

sudo apt-get install sun-java6-jre sun-java6-bin sun-java6-fonts sun-java6-plugin


sekiranya anda memerlukan JDK (Java Development Kit), sila tambahkan sun-java6-jdk pada penghujung arahan diatas. Setelah siap proses download daripada repository anda perlu untuk klik kepada terima terma dan syarat daripada Sun Microsystem.

Setelah siap proses menginstall, sila masukkan arahan dibawah untuk melihat kesemua JRE yang ada didalam Ubuntu anda.

update-java-alternatives -l


outputnya lebih kurang seperti ini

hakim@workplace:~$ update-java-alternatives -l
java-6-sun 63 /usr/lib/jvm/java-6-sun


Jadi ini menunjukkan anda telah berjaya menginstall JRE daripada Sun Microsystem dengan betul. Seterusnya, untuk membuatkan Ubuntu tidak menginstall JRE daripada pihak lain seperti OpenJDK atau yang lain-lain, masukkan arahan berikut:

sudo update-java-alternatives -s java-6-sun


dan ini akan membuatkan Sun JRE sebagai default untuk semua aplikasi java anda. Untuk membuat pengesahan terakhir bahawa anda telah menginstall java dengan jayanya, sila masukkan arahan:

java -version


output sepatutnya seperti berikut:

hakim@workplace:~$ java -version
java version "1.6.0_06"
Java(TM) SE Runtime Environment (build 1.6.0_06-b02)
Java HotSpot(TM) Client VM (build 10.0-b22, mixed mode, sharing)


Ini bermakna anda telah berjaya. Seterusnya apabila saya menginstall java, firefox 3 beta 5 saya masih tidak dapat memainkan java applets, jadi jalan penyelesaian yang saya jumpa ialah pada setting firefox itu sendiri.

Mulakan firefox 3 beta 5, dan type about:config pada address bar. Kemudian klik pada butang "I'll Be Careful I'll Promise".
Pada ruang filter, masukkan perkataan berikut:

java.default_java_location_others


dan tukarkan value kepada /usr/bin/java dengan men'double' klik padanya.

Cuba masuk kedalam laman web www.java.com untuk mengesahkan bahawa pemasangan anda berjaya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...