Tuesday, June 17, 2008

Medibuntu repositories and howto play .rmvb video format in ubuntu hardy heron

Beberapa hari lepas, saya menerima satu email dari pembaca blog ini bertanyakan bagaimana untuk play .rmvb video format(format untuk realplayer) dalam ubuntu. Dia telah mengikuti tutorial dari laman web ini tetapi masih gagal untuk play .rmvb video format. Mulanya saya termenung untuk mengingati memori-memori lalu (kerana saya teringat yang saya pernah play format yang sama suatu ketika dahulu tetapi terlupa kerana tiada nota).

Kemudian barulah teringat kepada medibuntu repositories yang menyediakan sumber kepada perisian yang mempunyai isu copyright, patent dan sebagainya dan tidak mendapat support daripada komuniti ubuntu (kerana komuniti ubuntu hanya support perisian open source). Repo ini menyediakan perisian seperti
  • acroread (Adobe Acrobat Reader)
  • alsa-firmware -- diperlukan untuk beberapa audio card
  • Sokongan AMR dan FAAC untuk MPlayer dan FFmpeg
  • Googleearth
  • restricted video codecs (ppc-codecs, w32codecs, w64codecs)
  • Skype
  • dan banyak lagi..
Untuk memasukkan medibuntu kedalam repo ubuntu hardy heron sila lakukan berikut pada terminal;
sudo wget http://www.medibuntu.org/sources.list.d/hardy.list -O /etc/apt/sources.list.d/medibuntu.list
dan kemudian;
sudo apt-get update && sudo apt-get install medibuntu-keyring && sudo apt-get update
NOTA : Jawab "Yes" ditempat yang sepatutnya.

Untuk mendapatkan package komponen non-free daripada medibuntu, lakukan;
sudo sed -e 's/ non-free//' -i /etc/apt/sources.list.d/medibuntu.list
Ketika ini, anda sudah boleh install beberapa perisian yang saya listkan diatas. Untuk memainkan video berformat .rmvb, sila install w32codecs. Cthnya untuk i386 (intel processor)
sudo apt-get install w32codecs
Untuk versi ubuntu lain dan processor lain, sila rujuk laman web ini.

Semoga bermanfaat!

4 comments:

  1. boss, jipang_menjerit@ubuntuseekers kat sini..mintak maaf sebab tak hantar apa-apa artikel sebab sekarang ada masalah sket..baru masuk kolej, jadi tak ada media nak menaip..tambahan sambungan susah nak dapat..mintak maaf ye..huhu

    ReplyDelete
  2. Hmm..bro pakai realplayer leh jugak. Saya dah try install dan dia tak byk install benda lain cam kat Windows.

    http://www.real.com/linux

    Donlor jer yg .bin tu pastu taip benda ni kat terminal:-

    $ sudo namafail.bin install

    ReplyDelete
  3. aku ada install real untuk linux gak..tp tak leh nak play rmvb, tp lepas ikut cara kat atas ni....baru boleh...semua player2 aku dah leh buka rmvb tu....thank dude....ko lah penyelamat...hee

    ReplyDelete
  4. sbenarnya aku ada pengalaman yg xbrape best dgn realplayer sbb tu aku xtulis pasal realplayer... aku lg ske satu aplikasi leh main smua jenis format video..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...