Monday, June 30, 2008

10 perkara yang harus diperbaiki dalam ubuntu

Tidak ada satupun sistem operasi yang sempurna. Manakala ubuntu merupakan sebuah sistem operasi yang baru berusia 4 tahun -- sudah tentunya penuh dengan liku-liku kearah kematangan. Saya tertarik untuk mengutarakan perbincangan dalam linux.com dalam satu artikel bertajuk "Ten sticking points for new users". Ianya satu analisis adil berkenaan ubuntu, atau satu kritikan yang sangat membina dan harus diberikan perhatian serius oleh komuniti pembangun itu sendiri. Antaranya;

1.Screen setup : Meskipun saya tidak pernah berhadapan dengan masalah ini, namun terdapat segelintir dari pengguna ubuntu yang membaca blog ini pernah bertanya saya tentang mengapa tulisan dan ikon dalam ubuntu terlalu besar atau terlalu kecil? Ianya berkaitan dengan screen resolution yang sepatutnya autodetect ketika proses installasi. Namun entah kenapa (saya andaikan ubuntu tidak detect grafikkad anda) menyebabkan screen resolution adalah terlalu besar atau terlalu kecil. Manakala penyelesaian bagi masalah ini biasanya melibatkan pencarian driver bagi grafikkad atau editasi keatas fail xorg.conf config. Untuk pengguna baru, ianya sama sekali tidak mesra pengguna!

2.Boot management : Meskipun bagi saya masalah ini tidaklah terlalu susah untuk diselesaikan, namun persepsi bagi pengguna baru ubuntu adalah berbeza. Berfikir ditempat "orang yang tidak tahu apa-apa" adalah berbeza dengan berfikir ditempat kita berada. Kerana itulah perlunya sesuatu sistem itu mesra pengguna dan tidak melibatkan tricks yang terlalu "geeky". Saya juga mendapat banyak pertanyaan tentang bagaimana untuk reinstall windows yang telah di dual-boot dengan ubuntu.Oleh kerana sistem windows akan mengambil alih peranan grub semasa proses boot, lalu kita terpaksa install balik grub loader itu tadi melalui live cd ubuntu.

3.Mounting : Meskipun saya beranggapan linux merupakan sistem operasi yang paling mengenali kebanyakkan format partition (NTFS, HFS+, FAT32 etc), namun masih terdapat masalah diluar sana yang agak sukar untuk diselesaikan seperti perkara yang berkaitan dengan permission.

4.Installation : Nampaknya penulis artikel dalam linux.com ini tidak berpuas hati dengan proses installasi ubuntu. Bagi saya, cara install ubuntu adalah sangat senang berbanding dengan install windows. Namun komplikasi ketika sistem ubuntu ingin menentukan jenis network membuatkan timbulnya error-error yang agak "nonsense" bagi sesetengah orang.

5.Sound configuration : Rasanya sudah beberapa kali saya telah ulas tentang masalah berkaitan sound dalam ubuntu yang terlalu melecehkan. Walaupun penyelesaian tentang masalah tersebut tidaklah terlalu sukar, tetapi tanpa membuat pencarian di google dan sebagainya sudah tentu masalah itu tidak dapat diselesaikan. Tidak hairanlah saya menerima respon dari pembaca "saya sudah berpindah ke xp balik sebab masalah sound dalam ubuntu". WOw!

6.Networking -- IPv6 support : Anda hairan mengapa kepantasan internet dalam ubuntu berkurang berbanding windows? Ianya adalah kerana ubuntu support IPv6 (internet protocol) yang merupakan versi baru kepada IPv4. Oleh kerana kebanyakkan ISP(internet service provider) masih menggunakan IPv4 lalu menyebabkan koneksi internet dalam ubuntu secara umumnya lebih perlahan berbanding sistem operasi windows. Meskipun pengguna masih boleh enablekan IPv4 support dalam ubuntu namun ia melibatkan proses editasi terhadap fail configuration. Mengapa tidak disediakan GUI untuk proses ketetapan ini?

7.Power and hibernation : Penulis artikel mengatakan, dalam kebanyakkan laptop yang menggunakan ubuntu, ubuntu tidak sleep secara sempurna. Betul ke? Mungkin betul tetapi ada satu lagi masalah yang berkaitan dengan overheating.

8.Email migration : Oleh kerana penulis di linux.com menganggap pengguna ubuntu hanyalah dikalangan mereka yang pernah menggunakan windows, lalu timbullah cadangan ini supaya proses migrasi email itu lebih lancar. Walaupun saya menggangap ianya bagus jika sesuatu seperti itu dapat direalisasikan, namun ia bukanlah satu prioriti.

9.Documentation : Dicadangkan supaya penerangan tentang cara untuk berhadapan dengan masalah yang biasa berlaku itu lebih detail, mudah diikuti dan membantu. Antaranya ialah berkaitan dengan networking , screen resolution dan seumpamanya agar pengguna tidak perlu menggunakan google untuk mencari maklumat atau penyelesaian apabila sesuatu seperti itu berlaku. Rasanya cadangan ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk direalisasikan.

10.Building from source : Hmm, saya agak jarang sebenarnya compile package menggunakan source file. Dan saya beranggapan bagi pengguna baru tidak perlu mencari perisian yang tidak disupport oleh komuniti ubuntu.

Oleh kerana rakan penulis di melayubuntu (alHakim) telah membuat catatan awal terhadap Intrepid Ibex, lalu ada baiknya sekiranya 10 perkara ini dijadikan fokus untuk diselesaikan dalam versi 8.10 yang akan datang. Apapun yang bakal diperbaiki, saya telah mengambil nota tentang semua permasalahan ini dan mencari penyelesaian paling effektif untuk dimasukkan kedalam buku praktikal. Setakat ini 30% telahpun disiapkan. Alhamdulillah.

3 comments:

  1. wow... ulasan yg mantap. seharusnya bg zul bergabung dengan para pengembang ubuntu, agar ubuntu lebih ready & bs di selaraskan dengan windows.

    PS: maaf bg zul,td koneksi internet saya mati, jd YM nya terputus. saya mo tanya lg bg, download accelerator apa yg paling best? trima kasih.

    ReplyDelete
  2. bro...try guna DownThemAll...

    ReplyDelete
  3. assalamualaiku..

    komen yg telus dan benar.. saya setuju sangat nagn bro zul, lagi2 bab boot management n network.. bagi boot management saye masih lagi alami masalah bile reinstall windows n terpakse recover balik grub.. untuk network, wifi signal di ubuntu lebih lemah.. tapi ubuntu masih lagi lebih selesa digunakan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...