Hardware yang dicadangkan untuk ubuntu
Antara perkara yang sukar untuk dipenuhi oleh sesuatu sistem operasi seperti Ubuntu ialah mampu bertindakbalas dengan semua ciri-ciri hardware yang pelbagai. Tidak sebagaimana Mac OSX yang hanya boleh digunakan dalam komputer model apple dan sekaligus memudahkan kerja syarikat apple, Ubuntu disasarkan untuk digunakan dalam semua model komputer yang terdapat di pasaran. Windows juga sama, tetapi pengeluar hardware biasanya menyediakan driver proprietary khas untuk sistem operasi windows menjadikan ianya "seolah-olah" mudah digunakan. Nasib ubuntu tidak sebaik windows dan ubuntu terpaksa bergantung kepada "ihsan" pengeluar hardware itu tadi samada untuk menyediakan driver atau tidak menjadikan ubuntu (linux) "seolah-olah" susah untuk digunakan. Begitu juga dalam kes aplikasi. Pembangun aplikasi membangunkan aplikasi yang hebat untuk windows namun tidak untuk ubuntu sekali lagi menjadikan ubuntu "seolah-olah" susah untuk digunakan. Saya berani m...