Wednesday, June 11, 2008

Masalah PulseAudio dalam hardy heron (update)

Jika anda perasan, dalam hardy heron anda tidak boleh memainkan flash dan video atau perisian audio dalam satu masa. Sekiranya anda cuba berbuat demikian, anda akan hanya dapat mendengar audio untuk perisian yang lebih dahulu dirun. Lebih buruk lagi, jika anda sudahpun membuka browser dan melayari youtube kemudian cuba untuk memainkan video menggunakan totem media player (misalnya), anda akan dapati video tersebut tidak boleh dimainkan secara normal dan tersekat-sekat (macam slideshow). Audio sudah tentu tidak ada!

Semua masalah diatas disebabkan oleh PulseAudio, satu fungsi baru dalam hardy heron. Biarpun ubuntuos.com menamakan pulseaudio sebagai penyelesai kepada mimpi ngeri linux audio, namun saya tidak nampak kebenaran artikel tersebut. Bagi saya pulseaudio adalah satu mimpi ngeri kepada reputasi ubuntu yang sebelum ini work out of the box! Dengan kata lain, pulseaudio is sucks! Ianya mengunci audio anda hanya untuk satu perisian dalam satu masa. Tidakkah itu sangat merimaskan?

Dalam artikel terdahulu, saya mencadangkan pembaca untuk install libflashsupport. Namun tindakan tersebut sebenarnya mengundang masalah lain iaitu ketidakstabilan bagi firefox. Selepas install package berkenaan saya dapati firefox sangat kerap tertutup secara tiba-tiba terutamanya ketika membuka laman web yang mempunyai flash. Ianya super merimaskan!

Saya ada memikirkan cara seperti uninstall pulseaudio menggunakan synaptic package manager dan sebagainya namun tidak begitu berkeyakinan untuk membuat demikian. Satu lagi penyelesaian yang ada ialah, sound preferences! Apabila saya buka sound preferences (system - preferences - sound) rupanya kita boleh pilih samada untuk guna pulseaudio atau tidak! Setelah saya setkan sound preferences kepada berikut,



selepas restart kelihatan tidak ada lagi mimpi ngeri yang disebabkan oleh pulseaudio. Bagi pembaca blog ini, sila cuba penyelesaian ini dan respon.

p/s : Sebenarnya saya sedang mengumpul masalah dan penyelesaian untuk dimasukkan kedalam buku. Apa jua masalah sila forward kan kepada saya untuk membantu memperkemaskan buku tersebut. Terima kasih.

4 comments:

  1. oh yeah!
    at last.. i found the/a step to the solutions.. its really bugging me.. i think im gonna test this one.. thanks for posting this info..

    thanks a lot bro!

    ReplyDelete
  2. bro, pasal firefox 3 kat ubuntu hardy heron yg slalu terpadam sendiri bila bukak laman sesawang (klakar la web dlm bahasa melayu ni...)ni..utk pengetahuan,aku dah cuba follow your articles tapi masih tak berjaya..maksudnya, walaupun ubuntu aku dah terupdate ke versi paling terkini, termasuk firefox 3 stable, masih kerap gak dia terpadam...so, tetiba tgh meluncur, aku terjumpe solusi ni kat http://forumubuntusoftware.info/viewtopic.php?f=7&t=1209&start=0&st=0&sk=t&sd=a
    aku dah cuba dan hasilnya MENAKJUBKAN...aku lupe kat article mane ko ade terangkan pasal libflashsupport..kalau ikut cara forum kat atas tu, kena tambah skit step, kena remove dulu flashplugin-nonfree yang sedia ade pastu install balik flashplugin-nonfree...step kat atas lebih mudah guna kat terminal...
    so bro, mungkin ko leh letak step2 di atas sebagai new treat, atau letaklah kat mane2 yang sesuai supaya rakan2 kite yang lain boleh menikmati bersama...salaaaaammm..

    ReplyDelete
  3. @rizq : thanks 4 the info bro...aku prasan yg libflashsupport 2 la yg mmbuatkn firefox xstabil dan ble aku test penyelesaian yg atas ni pun dh ok..ape pun, ok gak ada altenatif lain ni..

    ReplyDelete
  4. http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=789578

    cuba try thread ni, spanjang yang sy try, takde masalah

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...