Sunday, June 08, 2008

New Project : Konsep Buku Praktikal Ubuntu dalam bahasa melayu!

Saya secara rasmi mengumumkan (atau bercadang) satu projek baru yang saya ilhamkan berdasarkan hasil dari respon pembaca terhadap blog ini, emaj, dan soalan melalui email dan YM. Projek ini secara kasarnya boleh dihuraikan sebagai, menghasilkan sebuah buku rujukan asas ubuntu dalam bahasa melayu. Ianya bukan produk elektronik tetapi sebuah buku penerangan praktikal tentang ubuntu dengan beberapa idea segar dan menarik.

new project.png


Mengapa idea ini timbul.


1.Saya ingin membina satu tapak yang sesuai yang bakal menjadi pusat kepada rujukan ubuntu dalam bahasa melayu. Selama ini rujukan yang ada terpisah dan pengguna baru terkial-kial mencari maklumat seperti apa itu terminal, apa itu nautilus, apa itu pidgin dan sebagainya. Sistem blog yang memaparkan entri terkini pada page paling hadapan dan konsep ini tidak begitu sesuai untuk pusat rujukan seperti yang saya maksudkan. Pengguna ubuntu yang baru masih lagi terkial-kial mencari maklumat atau mungkin penyelesaian yang diingini dalam proses pembiasaan diri dalam ubuntu.

2.Saya fikir pengguna ubuntu memerlukan satu rujukan yang praktikal, boleh dibaca tanpa perlu membuka komputer dengan penerangan yang ringkas, huraian yang padat disertakan dengan gambar dan screenshot secara detail.

3.Terdapat command-command tertentu yang sangat berguna tetapi sangat sukar untuk diingati lebih-lebih lagi kepada mereka yang fobia. Keperluan untuk mewujudkan satu asas rujukan yang boleh dicapai ketika waktu diperlukan adalah sesuatu yang pasti.

4.Setiap kali saya fresh install ubuntu, setiap kali itulah saya mencari kembali (walaupun saya sendiri yang menulisnya dalam blog ini) beberapa maklumat tertentu supaya ubuntu saya itu lebih mudah digunakan. Ini berlaku kerana maklumat tersebut agak detail dan spesifik dan mustahil untuk diingati.

Konsep Buku Praktikal Ubuntu


1.Ianya berkongsepkan buku manual yang menyediakan maklumat yang praktikal tentang ubuntu untuk kegunaan komputer peribadi (bukan untuk server).

2.Saya bercadang menggunakan layout landscape secara mendatar dalam kuantiti muka surat = 100~200pg.

3.Kurangkan text, banyakkan penerangan bergambar dan screenshot. Text hanya berfungsi untuk menerangkan definisi, huraian asas, dan penerangan gambar. Kertas yang digunakan untuk buku ini semuanya berwarna dan menggunakan kertas yang berkualiti.

4.Maklumat disusun mengikut garis masa (timeline) mengikut aturan berikut;
Pengenalan ubuntu---Cara install---Cara setup internet & install driver---Apa perlu dilakukan selepas install---Penerangan sistem ubuntu---Tips&Tricks---Masalah biasa dan penyelesaian---Index,Rujukan,Penutup.

07062008245.jpg


5.Buku yang dipasarkan akan disertakan dengan sekeping CD ubuntu (Intel,AMD/32,64bit)

Tujuan entri ini


Seperti yang nyatakan sebelum ini (ubuntu bukan agenda peribadi tetapi komuniti), saya masih memerlukan bantuan daripada pembaca supaya plan yang dirancang bukan sekadar ala-kadar, tetapi setelah dibuat kajian yang detail dan spesifik. Apa yang saya ingin pembaca respon;

1.Jika sesuatu seperti ini terhasil dan anda terserempak dengannya dipasaran (kedai buku etc), adakah anda akan membelinya. (saya yakin harganya lebih murah dari sekeping CD album mawi dan jauh lebih murah dari ebook cara dapat duit dari internet).

2.Adakah saya perlu mencari publisher (tak publish sendiri) dan bagaimana untuk proceed ke proses tersebut?

3.Terdapatkah dikalangan pembaca yang ingin menjadi partner? Saya memerlukan beberapa orang yang berpengetahuan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk projek ini.

4.Adakah konsep yang saya cadangkan diatas mempunyai kecacatan, tidak elok, atau ada cadangan yang lagi segar dan menarik?

5.Untuk tujuan printing, apakah bentuk file yang standard?
UPDATE : PDF - settled.

Komen


Dalam imaginasi saya buat ketika ini, saya sudah dapat membayangkan bentuk dan konsep buku yang bakal terhasil. Saya perlukan buku tersebut untuk rujukan peribadi. Saya banyak membaca ebook tentang ubuntu dan kebanyakkannya menerangkan perkara yang tidak perlu atau terlalu detail dan susah untuk difahami. Saya inginkan sesuatu yang mudah faham, praktikal, bergambar, kertas yang berkualiti (supaya tahan lama) dan boleh dicapai ketika diperlukan. Saya harap pembaca blog ini dapat beri respon samada melalui email, komen, YM dan sebagainya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

25 comments:

  1. Assamualaikum...

    Tahniah kerana ide anda begitu superb! Saya pun sekarang merancang menghasilkan satu module atau buku penggunaan (ed)ubuntu di sistem pendidikan di malaysia khususnya di dalam kelas pendidikan khas.

    Rancangan tu masih di dalam perncangan atau diperingkat awal. Rangkanya masih di dalam penghasilan, dan andainya rangka sudah siap mungkin saya akan mencari bahan2nya untuk dimuatkannya.

    Saya rasa mungkin pihak saudara lebih kepada menggunakan atau menguruskan ubuntu. akan tetapi saya mungkin lebihkan penerangan aplikasi berbentuk pendidikan yang terdapat (ed)ubuntu serta dapat diperolihi secara percuma.

    saya doakan usaha saudara akan berjaya dan mungkin hasil kerja saudara akan dapat saya jadikan sebagai bahan rujukan untuk saya.

    ReplyDelete
  2. aku sgt99x setuju dgn cdgn en zul..lg bes nti sertakan baju tshirt 1x..tp mesti yg dh bayar la
    :thumbsup:

    ReplyDelete
  3. Sesuatu yang patut diteruskan. Walaupun saya bukanlah pakar dalam IT, namun usaha serupa perlu dilakukan dalam semua bidang supaya pengetahuan yang ada dapat dikembangkan dengan lebih cepat dengan penglibatan lebih ramai orang yang mungkin lebih memahami bahasa kebangsaan dari bahasa-bahasa lain.

    Saya meancang perkara serupa dalam bidang kepakaran saya.

    ReplyDelete
  4. @ayem36 : thanks bro. nak hasilkan gak ker? bagus2... lagi meriah la pasni..hehe

    @ansari : thanks atas sokongan. ble kuar nnti jgn xbeli plak...hehe

    @isunik : owh yeke? kepakaran apa tu? saya sokong 100%.

    ReplyDelete
  5. bagus idea ni..saya sudi membantu jika perlukan apa2 pertolongan

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum....

    Tahniah...Idea yg sememangnye Superb..
    Kalo dah siap nanti, jgn luper inform saya di lempeng7@yahoo.com.
    Saya nak buku+CD+t-shirt. Jgn takut, saya beli...hehhehehe...tapi jgn lah letak rege tinggi sgt. Biar berpatutan..
    Saya ade jumpe buku pasal linux dlm bhs melayu tetapi hasil karya terjemahan oleh org Cina taiwan, bukan org melayu bumiputera. Sayang sungguh...Why not org kita sendiri yg hasilkan..alangkah baik nya..heheheh..Bravo brader..!!

    ReplyDelete
  7. pakcik memang sokong cadangan nie.. memang bernas... sekiranya ade orang berminat.. diorang boleh beli dan fahamkan.. harap artikel yang hendak dikeluarkan nie senang/mudah difahami oleh orang yang baru belajar apa itu KOMPUTER... ermm rasanya takperlu kita terangkan setting/config ubuntu nie secara detail. secara basic pon dah ok...

    pakcik la orang pertama nak beli.. :D

    ReplyDelete
  8. Great!!
    Teruskan usaha..to bro ayem gak..klu ada info2 yg dipublish/kongsi..share la address web/blog.

    ps: klu nak jual nnt,hopefully come out with a good & reasonable price la ye..skang ni minyak dah naik..hehe..

    ReplyDelete
  9. finally someone has taken a step. good luck!

    ReplyDelete
  10. i buy two!

    bagus, sgt3.. kita memang perlukan satu buku rujukan yang padat dan sedap dipegang. aku cadangkan buku nanti dibuat dalam saiz yang kecil, um, mungkin besar sket je dari buku novel.

    full colour ek? bunyi macam tinggi je kos kalau buku ni bewarna penuh.. takut nanti kami tak mampu nak beli lak

    anyway, big applause for such an effort ^^

    ReplyDelete
  11. wow...this is a brilliant idea.memang satu idea yg mantap. Dgn ada buku ini, mudah la sikit untuk pengguna ubuntu yang baru berkenalan dgn linux dan ubuntu buat rujukan. Saya sendiri pun masih merujuk kepada tutorial bile buat fresh install ubuntu. Teruskan usaha murni ini. semoga berjaya.

    ReplyDelete
  12. Saya nak 2, agak2 bila boleh dapat?

    http://kuda-trojan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Slmt pagi .. di sini, saya ingin meminta pertolongan MelayuBuntu... Begini, pc saya sekarang ni menggunakan windows vista (pirate) .. beberapa hari yang lepas, saya telah terklik button update windows, maka dengan itu .. windows pirate saya tak lama lagi habis tempoh masanya.. sebelum itu.. suatu ketika dulu saya sudah pun crack vista tersebut dan timer trialnya pun tidak lagi bergerak .. disebabkan kecuaian saya yang tidak juga disengajakan .. time trialnya kembali beroperasi ..

    Jadi, saya mencari penyelesaian akan masalah saya ini, saya harap Melayu Buntu dapat membantu saya. Ini sajalah jalan terakhir yang saya ada sebelum document2 penting hilang ditelan dek time trial ..

    ReplyDelete
  14. Assamualaikum dan salam sejastera...

    Terima kasih atas sokongan. Sebenarnya saya rancangnak keluarkan pada tahun depan. dalam bentuk module dan bukan dalam bentuk buku. Hanya sebagai rujukan dan pengenalan kepada guru-guru pendidikan khas tentang dunia linux. Rangka projek ini masih lagi dalam perancangan.
    Saya amat kurang bahan rujukan dan hanya merujuk kepada sebuah buku dari indonesia. hasil karya photoosa ieitu 'Edubuntu: Linux di dalam sistem pendidikan".
    Dan sebenarnya saya juga ingin menjemput sesiapa yang pakar dalam edubuntu dapat sekiranya berganding bahu untuk menghasilkan sesuatu amat berguna kepada masyarakat malaysia.

    jika anda berminat sila hubungi saya di 'www.pkbp.smkintan.edu.my"

    ReplyDelete
  15. @kita : insyaallah, bila sampai masa aku cari ko..ok? hehe..

    @Lempeng : Thanks bro. Insyaallah aku xletak harga tinggi.. Slalulah mai blog ni utk check update erk?

    Uncle G : Yups. Aku tekankan aspek mudah faham, kualiti, dan straight 2 the point. Aku tahu ramai yg lebih suka merujuk dari membaca. kan? hehe..

    Kaiyo : Insyaallah. 2mahal nyer.

    Ainee : Thanks.

    MK : Hehe. Saiz aku mmg plan nk buat kecil tp xdela besar novel jer. Tgk lah camne.Yang pasti xdela besar gedabak cam kepala keretapi..
    p/s : bro,edisi PC xnak buat ke??

    hyperend : target aku utk pengguna baru dan separa baru..hehe.. thanks bro!

    Kuda Trojan : 2 ek. Insyaallah klu xde halangan aku bajet sebelum tahun 2009.

    Marshmallows : Awk boleh install ubuntu dengan merujuk kepada artikel diblog ni. Pastikan data2 penting disave kedlm external HD @ usb @ cd @ DVD sbg.. klu nak tahu detail ttg ubuntu bleh hubungi alamat email saya.

    @ayem36 : modul dan bukan buku? projek aku ni mungkin mengambil kira kedua-dua konsep iaitu diantara buku dan modul. yups, negara kita kekurangan rujukan dan projek ni pun aku sandarkan kpd beberapa rujukan dan pengalaman sndiri. aku harap semuanya berjalan lancar seperti diharapkan...huhuhu

    ReplyDelete
  16. @zul: edisi PC? yup, memang aku pun berimpian nak publish buku yang boleh dipegang dan dibuat rujukan camni. tapi mungkin bukan dalam masa terdekat, nak kukuhkan dulu SembangKomputer.com tu ^^

    ReplyDelete
  17. @mk : ic... papehal klu ada niat tu baik kumpul bahan dlu. nnti xdela ssh sgt..hehehe.

    ReplyDelete
  18. i really hoped that i can help you.. as i do have several years of experience in publishing books.. but, i don't have much time to spend as i'm still studying..

    before i forgot.. can you include in the book a section for students, as nowadays some of them have personal laptop, but still using xp/vista [pirate].. and, University is one of the major point for Virus spreading.. and most of them rely on WORD, POWERPOINT, PDF..


    p/s: one of the latest virus in my university, it physically corrupts any drive plugged in to the campus lab.. any drive [pendrive + portable HD].. fortunately, linux still can read the disk, and my friend manage to backup his data.. fuh.

    ReplyDelete
  19. Buku tu aku rasa kita wat peringkat cam gini. Kita wat buka tiga tahap :

    1. pengguna desktop biasa.
    2. pengguna pertengahan.
    3. pengguna pakar.

    kenapa kena wat macam nie:

    1. ada pasaran spesifik.
    2. org pakar tak mau baca bab yg mudah2. begitu juga sebaliknya.
    3. dengan mengasingkan buku.harga seunit jadi lagi murah.
    4. org cepat bosan baca buku terlalu tebal.
    5. syarikat percetakan suka lagi cam ni. kerana margin keuntungan lebih.

    Berkenaan dengan buku ni jugaa, aku pasti kalu jual memang orang akan beli punya (termasuk aku) pasal :

    1.blum pernah jumpa panduan ubuntu dlm bahasa melayu.

    2. kurang persaingan.

    3. ada pengaruh kuat kepada komuniti ubuntu malaysia.


    lagi satu, kalu nak keluar buku bahasa melayu ni. salah satu syarikat yg suka buku bm dan mendaulatkan bm ni syarikat pts publishing...kalu tak silap nama dia.


    aku gak boleh sumbang dan tolong kepada topik2 yg ko nak wat...

    akhir skali, ko boleh wat gambar2 penyumbang dgn biodata depa kat kulit belakang ke mana2 ke sebagai pernhargaan.

    sekian, semoga berjaya usaha yg murni ini.

    nota : emel aku - ketua_wang@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  20. ade potensi untk di komesial coz pngguna linux d malaysia smkin mningkat..

    ReplyDelete
  21. thanks all...stakat ni dah 40% siap..aku masih sangsi kepada kongsep yg aku dh buat..maybe perkara biasa dlm penghasilan buku...huhu

    ReplyDelete
  22. satu inisiatif yg cukup murni & bijaksana.. Buku ni nanti mybe boleh dijadikan salah satu bahan rujukan utama dalam pengajaran aku kpd anak2 murid aku kelak... laman web ni pun dah jadi antara rujukan aku paling utama pasal open source ni..
    dah siap nanti emel aku di riey_cbg@yahoo.com

    ReplyDelete
  23. salam,
    pd pendpt sy, idea ni (sprt yg lain2) adalah murni, baik, idea dan pendapat dr Fahmi menambahkan lagi propose perancangan, dr lempeng, dr ayem36 dan mgkn ada lagi slps ini,

    wlubgimnpun, KITA perlu kump yg akn sntiasa LAPANG WAKTU untuk 100% komited dlm menyediakan artikel, layout dsbnya yg sy pasti bkn satu kerja yg ringan, namun ia msh blh dtrskan,

    apa2pun, sy sndri bersedia utk menyumbang tenaga utk sama merealisasikan idea asal melayubuntu nie, mgkn sumbang artikel, tutorial atau menjadi penyedia media utk buku ini.

    OK, insyaAllah

    ReplyDelete
  24. salam kepada semua,

    Menarik jgk plan ni ... Boleh la aku beli dan study guna buku ni... Then, sape2 yang baru nk belajar Ubuntu ni pun boleh rujuk..

    aku pun nk satu jgk kalau ia dah out ... Boleh ajar kawan2 di class guna Ubuntu ...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...