Thursday, June 12, 2008

Ubuntu Tanpa Kata Laluan.

Ubuntu anda secara default terpasang secara automatik mempunyai kata laluan. Bagaimanakah untuk membolehkan orang lain menggunakan Ubuntu anda tanpa mengetahui katalaluan anda??

Di sini saya akan menunjukkan cara mudah untuk membolehkan orang lain menggunakan Ubuntu anda.Ini berbeza berbanding tidak menulis kata laluan (autologin) langsung.

1. Reka satu pengguna yang lain:
system/administration/users and group
anda boleh memasukkan huruf-huruf yang fancy di dalam ruangan real name, bukan username.

contohnya:
username: guest
real name: invité (ikut anda untuk meletakkan apa sahaja nama mengikut kesukaan anda)
profile: desktop user (jangan gunakan Administration)
password: password

Tekan close.

2. Buang kata laluan untuk akaun Guest.

Buka terminal
sudo passwd -d guest
3. Benarkan untuk login dengan tanpa kata laluan dalam gdm
sudo sed -i 's/#PasswordRequired=false/PasswordRequired=false/' /etc/gdm/gdm.conf
4. Benarkan untuk login dengan tanpa kata laluan dalam pam
sudo sed -i 's/nullok_secure/nullok/' /etc/pam.d/common-auth
Anda sekarang sudah boleh menggunakan akaun Guest tanpa kata laluan.

Untuk memudahkan memilih akaun semasa login, pilih skrin bergrafik yang mudah seperti HUMAN LIST.
system/administration/login window/local tab
Selamat mencuba!


AddThis Social Bookmark Button

6 comments:

  1. wuih! mmg dinanti2kan pengguna ubuntu menghubungi aku ....
    thanks! aku dok putrajaya.. YM? ok .. nnti aku add....

    vista aku terupdate.. suka gak guna vista .. terutamanya kalau ada graphic card yang 'best'! ...

    tapi dah ada masalah camni rasa tak best plak ... huuhuhuuh!

    ReplyDelete
  2. pakcik lebih berminat yang berpassword.. :D

    ReplyDelete
  3. @uncle:xmnjadi masalah nak guna yg berpassword @ tidak.trpulang kepada individu masing2..tp aku sendiri xpnh try gak..coz aku pn user sorg je..yg lain da ad lappy sendiri..

    ReplyDelete
  4. Masa mula install Ubuntu dulu, aku buat dua user. Masalahnya aku lupa Password satu user lg tu,macm mana nak korek PW dia atau delete je,,

    ReplyDelete
  5. @agas:try tgk sini..kalo jadi leh la bgtau..
    https://answers.launchpad.net/ubuntu/+question/8906
    http://www.linuxforums.org/security/howto:_recover_root_password.html

    ReplyDelete
  6. kita x leh ke remove kita punye password... susahla klau nak install apa2 mesti mintak password... klau x ingat password mampoi la...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...