Thursday, June 12, 2008

Firefox 3 lembab dalam hardy heron? Ini penyelesaianya!

Ramai yang mengeluh mengapa pembangun ubuntu menggunakan firefox 3 beta 5 sebagai browser utama sedangkan ianya masih diperingkat beta dan banyak pula 'songehnya'. Ternyata keluhan tadi ada asasnya kerana firefox 3 beta 5 (dan kemudian terupdate ke versi release candidate) ternyata mempunyai satu kelemahan yang sangat nyata iaitu melembabkan komputer! Jika anda menggunakan firefox untuk beberapa ketika (dengan agak lama), dan kemudian anda periksa system monitor (system - administration - system monitor), anda akan dapati firefox menyebabkan komputer menggunakan hampir 100% resources processor anda.

Teori & Penyelesaian.

Sila pergi ke;
/home/NAMAUSER/.mozilla/firefox/IDUSER.default
dan anda akan temui 1(atau 2) file yang bernama urlclassifier3.sqlite (dan urlclassifier.sqlite-journal - jika ada). Periksa saiz file ini dan jangan terkejut jika ia bersaiz 20MB keatas - saya punya 40MB!

Fungsi baru dalam firefox3beta5 untuk mengenalpasti website berbahaya, forgery, phishing etc merupakan fungsi yang memberatkan firefox dan komputer. Untuk sementara waktu ini(sehingga firefox dan ubuntu fix this bugs) saya cadangkan langkah berikut;

Dalam firefox, pergi ke Edit - Preferences - Security dan uncheck(untick) items berikut;



TUTUP firefox dan pergi ke folder diatas (yang menempatkan urlclassifier.sqlite) dan delete urlclassifier.sqlite & urlclassifier.sqlite-journal (jika ada).

Restart firefox dan rasai perbezaan!

p/s : Penyelesaian ini merupakan antara masalah dan penyelesaian yang akan dimuatkan kedalam buku praktikal ubuntu yang bakal dihasilkan. Ada banyak lagi masalah dan penyelesaian seperti ini yang akan dimuatkan dan saya mengharapkan sokongan anda. Terima Kasih!

5 comments:

  1. Itulah sebabnya aku Downgrade ke FF2. Terutama bila banyak Themes dan Ext. yang tak leh pakai.

    ReplyDelete
  2. aku skarang dah rajin check blog ko bro..hehehe..
    btw tenkiu psl firefox nie..
    laju dah..hahaha..

    ReplyDelete
  3. wah..lama tak komen kat sini.
    tq zul..mmg terasa perubahan kelajuan nie. :)

    p/s:saya menyokong buku praktikal ubuntu tuh.

    ReplyDelete
  4. saya budak baru belajar
    camner nak gi sini ---> /home/NAMAUSER/.mozilla/firefox/IDUSER.default

    puas aku cari tak bleh pun

    ReplyDelete
  5. .mozilla ialah hidden folder (sbb ada titik sebelum folder name) klik Ctrl+H untuk lihat hidden folder ini... ada pape lg?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...