Wednesday, June 18, 2008

Terbitnya WINE 1.0 selepas 15 tahun dibangunkan

38831DCE-1BAA-45B3-9993-0075612EC3DF.jpg
1993 sehingga 2008. Satu tempoh masa yang sangat panjang untuk mengeluarkan buat pertama kalinya versi yang stabil memakai no versi 1.0. Biarpun compatibility tidak dijamin perfect, namun WINE sudah terbukti mampu digunakan untuk memasang beribu-ribu perisian windows didalam linux.

17 Jun 2008 bersamaan dengan tarikh firefox 3 dilancarkan. WINE menemui versi 1.0.

Oh ya, bagi anda yang tidak tahu apa itu WINE, WINE ialah perisian emulasi yang membenarkan seseorang pengguna untuk memasang perisian windows (.exe) kedalam linux. Untuk mengetahui lebih lanjut perisian apakah yang berjaya diinstall kedalam linux menggunakan WINE, sila layari laman >>>http://appdb.winehq.org/.

Dengan WINE ini juga seseorang boleh memasang dan memainkan game Windows seperti Half-Life, Command & Conquer, Counter Strike, Battlefield dan sebagainya.

Baru saya teringat yang saya belum pernah menulis apa-apa tutorial yang detail untuk menggunakan WINE. Insyaallah dimasa akan datang.

11 comments:

  1. yups.. memula dulu pakcik gunakan winehq nie tok main game dalam ubuntu pakcik.. tapi sekarang pakcik dah tak guna winehq nie sebab pakcik dah tak main game dah.. dah tua kot.. :D

    ReplyDelete
  2. pakcik, aku still main winning eleven ngn ps2...peace! =P

    ReplyDelete
  3. "WINE ialah perisian emulasi"

    ini pernyataan yang salah. WINE( WINE is not emulator). Wine adalah compatibility layer yang membolehkan unix-like operating system menjalan .exe dan menggunakan dll disamping menyediakan environment seakan Windows, seperti program files dan registry.

    ReplyDelete
  4. @anonymous : thanks 4 ur concern. aku tau pasal tu sblm aku tulis entry ni. tp disini aku menulis utk org snang faham kearah sesuatu yg praktikal.. klu ko right click pada mana2 .exe file dan ingin buka dengan WINE, ko kene pilih menu "open with wine emulator" tgk lah lain kali aku cari definisi yang best kpd WINE selain dr emulator..tetapi nnti ada conflict dr segi kefahaman pembaca..

    ReplyDelete
  5. Bagi aku pon wine tu sebenarnya emulator.. nama pon WINE kalau panjangkan jadi WINdow Emulators.. walaupun pada peringkat perlaksanaan bukanlah emulator yang sebenar 100%. Kenapa org yang cipta bagi nama WINE klu dia tak berniat nak buat emulator..

    ReplyDelete
  6. Rujuk:

    http://wiki.winehq.org/FAQ#head-98981814b705b4f2edb547a425bc42ead2a3d748

    ada org menyokong mengatakan WINE adalah emulator dan ada yang tidak. Itu terpulang kepada individu tersebut.. Walau apa pun janji bleh run .exe dalam linux sudah..hehehe

    ReplyDelete
  7. ape pnah dgr psal WINE tp mse tue dieorg still dlm test lg..so,xbyk yg ak dgr..tp bru2 nie ak t'bce psal WINE veris stabil yg akan kuar time FF3 kuar..mmm..nampaknya dgn kehadiran WINE nie..dh tibe masenye untuk org2 yg tkut2 nk pakai UBUNTU sbab xble nk tinggalkan perisian Windows dieorg memakai UBUNTU..TQ WINE..maknyenye,bler ak install WINE dlam UBUNTU..ak ble install dan pki software Windows heh..muahaha..terima kasih..

    ReplyDelete
  8. "nama pon WINE kalau panjangkan jadi WINdow Emulators"

    Aku tak nak mencetuskan peperangan tapi WINE klu dipanjangkan (WINE is not emulators) Baca nie. http://en.wikipedia.org/wiki/Wine_(software)

    ReplyDelete
  9. pakcik baru je install wine nie balik.. masih ade error nak main game flash (res 800*600)

    ReplyDelete
  10. pakcik kalo nak men game flash .exe, klik kanan > Open with Firefox la. Kan Firefox ade plugin flash. Tak gitu?

    ReplyDelete
  11. flash game tuh tetap format .exe (sebab dah compile) walaupon game tuh based on flash game...

    try usha game kat gamehouse.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...