Namun sekarang ia tidak lagi menjadi masalah kepada para pengguna Ubuntu kerana Internet Explorer kita dapat dijalankan didalam Ubuntu anda dengan bantuan WINE yang telah pun mencapai release yang paling stabil buat masa ini iaitu WINE 1.0 (setelah melalui perjalanan yang panjang). Sila update Ubuntu anda sekarang untuk mendapatkan wine-1.0 ini.
Sebelum memasang ies4linux, anda perlu memasangkan WINE (sekiranya masih belum memasangnya) dahulu dengan menggunakan arahan dibawah:
sudo apt-get install wine cabextract
Untuk memudahkan pemasangan, anda perlu mendownload script arahan untuk memasang Internet Explorer kedalam Ubuntu anda. Anda boleh memasang IE6 dan IE7. Namun IE7 masih diperingkat ujian beta, dan tidak digalakkan.
*anda tidak perlu menggunakan arahan sudo untuk memasang software ini.
Sila type atau copy dan paste kan arahan dibawah dalam terminal anda.
wget http://www.tatanka.com.br/ies4linux/downloads/ies4linux-latest.tar.gzKemudian klik Enter (Return), dan akan muncul satu windows seperti dibawah:
tar xvfz ies4linux-latest.tar.gz
cd ies4linux-*
./ies4linux
Disini anda boleh membuat pilihan untuk memasang IE version 6, 5.5 atau 5. Atau anda boleh memilih ketiga-tiga sekali. Kemudian anda juga boleh memasang Flash Player dan tempat dimana icon IE akan diletakkan sama ada pada menu atau Desktop.
Anda perlu menetapkan dimana IE akan dipasangkan. Anda bebas untuk memasanganya dimana-mana. Namun adalah lebih baik menggunakan default settings. Sekiranya anda ingin memasang IE7 anda bolehlah check pada ruangan Beta. Namun ia amat tidak digalakkan oleh saya kerana ia masih diperingkat beta.
Proses pemasangan IE sedang dilakukan oleh installer. Sekiranya anda menerima ralat, jangan risau, anda cuma perlu memulakan semula installer tadi. Semasa saya memasangkan software ini, saya perlu ulang benda yang sama sebanyak 5 kali kalau tidak silap saya la (tapi hasilnya memuaskan :-)..
Akhirnya pemasangan telah berjaya dilakukan. Dan ini adalah icon IE6 yang terdapat pada Desktop saya.
betui tuh.. pakcik pon kekadang terpaksa login ke windows tok guna IE.. masih banyak website terutamanya website kerjaan yang terpaksa gunakan ie..
ReplyDeleteie7 boleh install x?
ReplyDeleteie6,ie5 dll x best arr...
IE7 masih dalam peringkat ujian beta. Klu install pun graphic dia still sama macam IE6 juga. Takde yang berubah cuma function sket2..
ReplyDeletecyberfly boleh cuba kalau mahu..
@uncle g:knp??website kerajaan xleh bkak pakai musang berapi ke??aku bukak elok je..xd prob pape pn..
ReplyDeleteermmm banyak website kerajaan masih menyokong ie sahaja. antara nya website kerajaan negeri sembilan. kalau nak masuk sistem, hanya kena pakai ie.. kalau pakai mozilla, banyak error keluar. (maybe kalau setakat masuk website utama korang nampak macam biasa.. lain la korang ade urusan dengan kerjaan)
ReplyDelete1 lagi kerja pakcik banyak melibatkan kdn.. pakcik tak boleh login ke mozilla kalau pakcik nak login id pakcik ke url http://kkdnapps.kkdn.gov.my/portal/
masa pakcik dalam kerajaan dulu, diorang banyak gunakan oracle sebagai database dan sistem yang dibangunkan khusus untuk IE...
p/s: betulkan pakcik kalau pakcik salah... pakcik hanya baru belajar dalam dunia it nie