Dalam 2 atau 3 hari lepas, Ubuntu telah mengeluarkan Ubuntu Intrepid Ibex untuk cubaan Alpha 1 kepada semua pengguna didunia supaya kita dapat mencuba dan melaporkan sebarang ralat atau pepijat didalam keluaran tersebut sebelum ia dilepaskan pada bulan Oktober nanti.
Secara ringkasnya, Intrepid Ibex menggunakan kernel linux bermula 2.6.26 dan gnome 2.23.4. Dan anda boleh mendapatkan iso Intrepid Ibex di laman web distrowatch.com (http://distrowatch.com/?newsid=04969).

Untuk membaca review lebih detail tentang Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex ini, anda boleh melayari laman web http://www.phoronix.com (http://www.phoronix.com/scan.php?page=article&item=ubuntu_810_alpha1&num=1).
Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan ingin memberi sumbangan (tidak kisah samada ada dalam bentuk melaporkan ralat atau pepijat yang terdapat dalam Ubuntu ini, atau membuat penterjemah bahasa atau lain-lain) kepada pembangunan Ubuntu, anda bolehlah pergi ke laman web launchpad di http://www.launchpad.net dan pendaftaran adalah percuma. Oleh itu, kita sama-sama dapat membangunkan Ubuntu tanpa hanya perlu mengharapkan orang lain.
Setelah search di google.com, berjumpalah dengan gambar Intrepid Ibex ni:

Sekian
kambing gurun rasanye
ReplyDeleteibex ni kambing gunung la, yang tanduk dia melengkung seakan-akan hampir bergulung.
ReplyDeleteoh, heron pula ialah sejenis burung yang hidup di kawasan paya.
memang hebat diorang ning punya falsafah!
ReplyDeleteaku tak habis lagi explore Hardy... dah nak kuar version baru... tak sabor plak...
ReplyDelete