Sunday, June 29, 2008

Ubuntu 8.10 `Intrepid Ibex` Alpha 1

Selepas keluarnya Hardy Heron, kumpulan Ubuntu telah berusaha keras untuk keluaran yang berikutnya iaitu dijangka akhir bulan Oktober nanti dengan diberi nama Intrepid Ibex. Saya pon tak pasti apakah itu Intrepid Ibex. Nama binatang kalau tak salah saya.

Dalam 2 atau 3 hari lepas, Ubuntu telah mengeluarkan Ubuntu Intrepid Ibex untuk cubaan Alpha 1 kepada semua pengguna didunia supaya kita dapat mencuba dan melaporkan sebarang ralat atau pepijat didalam keluaran tersebut sebelum ia dilepaskan pada bulan Oktober nanti.

Secara ringkasnya, Intrepid Ibex menggunakan kernel linux bermula 2.6.26 dan gnome 2.23.4. Dan anda boleh mendapatkan iso Intrepid Ibex di laman web distrowatch.com (http://distrowatch.com/?newsid=04969).



Untuk membaca review lebih detail tentang Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex ini, anda boleh melayari laman web http://www.phoronix.com (http://www.phoronix.com/scan.php?page=article&item=ubuntu_810_alpha1&num=1).

Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan ingin memberi sumbangan (tidak kisah samada ada dalam bentuk melaporkan ralat atau pepijat yang terdapat dalam Ubuntu ini, atau membuat penterjemah bahasa atau lain-lain) kepada pembangunan Ubuntu, anda bolehlah pergi ke laman web launchpad di http://www.launchpad.net dan pendaftaran adalah percuma. Oleh itu, kita sama-sama dapat membangunkan Ubuntu tanpa hanya perlu mengharapkan orang lain.

Setelah search di google.com, berjumpalah dengan gambar Intrepid Ibex ni:



Sekian

4 comments:

  1. ibex ni kambing gunung la, yang tanduk dia melengkung seakan-akan hampir bergulung.

    oh, heron pula ialah sejenis burung yang hidup di kawasan paya.

    ReplyDelete
  2. memang hebat diorang ning punya falsafah!

    ReplyDelete
  3. aku tak habis lagi explore Hardy... dah nak kuar version baru... tak sabor plak...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...