Tuesday, June 10, 2008

Request tips, tricks, tutorial, artikel dan peluang menjadi penulis

Untuk makluman pembaca melayubuntu dan pengguna ubuntu yang membuat rujukan disini, akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan beberapa projek dan diantaranya ialah projek buku praktikal ubuntu. Kerja-kerja merangka konsep, menyediakan bahan, dan membuat rujukan sudah pun bermula.

1 - Saya khaskan entri ini untuk pengguna ubuntu yang ingin request tips, tricks, tutorial dan artikel. Jika anda ada kemusykilan atau persoalan tentang perkara tertentu, sila nyatakan diruangan komen. Ini akan memudahkan saya dan penulis lain untuk mencari idea menulis dan seterusnya update blog ini.

2 - Biarpun blog ini sudah mempunyai 7 orang penulis, namun oleh kerana penulis lain mempunyai banyak komitmen yang perlu disegerakan, saya melihat bilangan itu belum cukup. Sekali lagi kepada sesiapa jua yang ingin menjadi penulis (syarat : pengguna ubuntu), sila tinggalkan email anda diruangan komen atau menghubungi saya terus melalui email, YM dan sebagainya. Saya akan menilai penulis-penulis blog ini dan insyaallah kalau tiada halangan melintang, setiap penulis bakal menerima buku praktikal ubuntu tulisan saya secara percuma.

Untuk pengetahuan pembaca juga, saya merancang banyak benda dimasa depan dan saya akan melakukannya secara berperingkat. Harapan saya, semoga usaha yang kecil ini bermanfaat!

7 comments:

  1. kebanyakkannya orang kita masih terlalu baru dengan kewujudan ubuntu seperti aku. jadi mereka mahukan direct info dari mereka yang lebih senior dan pakar.

    biasanya mereka yang lbh pakar akan merujuk newbie untuk explore di laman-laman yang sedia ada.

    laman melayubuntu merupakan penyelamat kepada pengguna ubuntu baru disamping memberi lebih keyakinan kepada pengguna baru.

    so, aku rasa segala tips dan tutorial haruslah lbh detail terperinci dan teratur spt software penting selepas install, perkara asas dlm ubuntu dan installasi driver

    ReplyDelete
  2. wah.
    dah 7 org upenye.
    kalo aku pengguna vista bleh x ? wahahaha.

    ReplyDelete
  3. @megat : platform blog buat aku terbatas utk buat smua 2..sbb 2 aku plan nk buat buku supaya lebih snang org nak rujuk.huhu

    @sinzmanual : ko bkn pngguna ubuntu gak ke? vista 2 buang lah...wahahaha

    ReplyDelete
  4. assamualaikum...

    Bro zul..
    dalam kepala aku (atau aku cadangkan), kau buat satu blog khusus untuk projek ning.jadi senang sikit orang beri komen atau pendapat.

    contohnya untuk "bab 1: Apa itu linux?".saudara zul boleh beri draf secara kasar tentang linux dan ubuntu, dan berikan peluang kepada pengunjung untuk memberi komen atau berkongsi info untuk membaiki lagi artikel tesebut. mungkin post ini disiarkan selama 1 minggu. kemudian minggu seterusnya, mungkin saudara zul boleh berikan tajuk baru pulak seperti "bab 1.1: Mengapa anda perlu menggunakan Ubuntu sebagai operasi sistem"?. Dan bincang setiap tajuk dengan teliti untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

    Tapi itu pendapat jer....

    ReplyDelete
  5. Cadangan saya satu je , sape sape yang pandai edit subtitle yang not match with movie boleh bagi tutorial bagaimana nak editnya.Terima Kasih...tutorial anda amat dihargai

    ReplyDelete
  6. @ayem36 : thanks bro. hrmm...maybe xperlu blog lain. aku tetap guna blog tapi guna idea 2..mcm bez gak..huhu

    @azman : ssh la sbb xprnah guna mana2 soft subtitle. klu nk wat tutorial msti blaja dlu..mngapa awk xblaja sndri je?

    ReplyDelete
  7. Ello, saya Mosh ;) Mosh pengguna ubuntu dan gunakan fungsi dual boot dgn xp lagi;) Skang ni rasanye dh jrang gler pkai xp ;) Mosh dh guna ubuntu ni bmula dgn version Feisty Fawn 7.04, n skang Mosh yg tbru masih lagi guna gutsy gibbon 7.10 n work well dlm machine Mosh... Mosh xbrani lagi nk upgrade ubuntu sbb dr pengalaman lpas mmg byk gler prob timbul :p Tambahan lagi, ada artikel nyatakan yg Hardy Heron version yg langsung x stabil wlaupun dlm LTS Edition :-?

    Rasanye masa yg tbaik utk upgrade ialah sbulan sblum version bru kluar sbb mosh rasa maybe time tu hardy heron paling stabil, dr pengalaman mosh handle peralihan dr versi 7.04 kepada 7.10 la :p
    Apapun, Ubuntu adalah OS yg mmg besh!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...