Monday, June 02, 2008

File Structure dalam Ubuntu/Linux 2

selamat tengahhari..


ini merupakan sambungan kepada File Structure dalam Ubuntu/Linux yang telah saya tulis sebelum ini. cuma hendak menambah beberapa jenis folder yang terdapat didalam directory ubuntu. namun kali ini semua folder ini kebiasaannya dikawal oleh system (kernel) kita. antaranya ialah:

/proc - ini merupakan filesystem maya (virtual) dimana ia tidak
wujud didalam harddisk tetapi didalam RAM semasa Ubuntu
anda dihidupkan. ia mengandungi data/maklumat yang
digunakan oleh kernel anda. anda tidak dapat mengubah
data yang ada didalamnya secara manual walaupun anda
menggunakan akaun root. file didalam ini akan diupdatekan
pada setiap masa oleh kernel linux. antara contoh maklumat
yang disimpan didalam /proc ialah cat /proc/cpuinfo
(jika anda type perintah ini didalam terminal, ia akan
memberi info mengenai CPU anda) dan cat /proc/meminfo
(maklumat memory (RAM) yang digunakan).

/lib - adalah tempat dimana terletaknya file/applikasi yang
dikongsi diantara satu aplikasi dengan aplikasi yang
lain didalam system anda. didalam windows ia dipanggil
dynamic link library(DLL). didalam linux, file yang
dikongsi sering menggunakan extension .so. juga
terdapat kernel module didalam folder ini.

/var - disini terletaknya spooling variable seperti mail
dan juga output daripada printer daemon. yang
paling famous dalam folder ini ialah /var/log yang
merupakan tempat terletaknya data atau log file
tentang komputer kita.

/sys - ia sama seperti /proc dimana /sys juga adalah file
system maya (virtual) yang tidak wujud didalam
harddisk tetapi didalam RAM. namun fungsinya berbeza
kerana /sys menyimpan driver untuk peralatan (hardware)
yang kita gunakan. ia juga dipanggil sebagai driverfs
(driver filesystem). file ini wujud untuk kernel 2.6.xx.
ia juga digunakan untuk tujuan Plug and Play.

/lost+found - apabila anda tidak menutup system dengan
sempurna (shutdown) atau disebabkan oleh
terputus bekalan elektrik, selepas dihidupkan
semula Linux akan memeriksa filesystem anda dengan
menggunakan fsck untuk mengesan sebarang file
yang rosak dan cuba memperbaikinya dan diletakkan
didalam folder ini. ini lebih kurang seperti
recovery balik data tersebut tapi kebiasaannya
data tersebut tidak akan sama seperti asal jika
tidak disimpan terlebih dahulu.

/srv - digunakan untuk menyimpan data mengenai servis yang
dijalankan didalam system anda.


diharapkan kepada mereka yang baru didalam dunia linux tidak terkeliru dengan sistem struktur yang digunakan oleh ubuntu/linux dan menjadi panduan kepada mereka untuk terus mempelajari dunia linux.

sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...