Data forensik mudah dalam ubuntu menggunakan Photorec
[BSB-Buat Sendiri Beb] Bro Adi dari Hardyw3b memperkenalkan saya kepada satu aplikasi yang cukup mengujakan iaitu Photorec . Oleh kerana setiap "bit" data yang ditulis dalam satu-satu memori elektronik tidak terbuang walaupun anda delete menggunakan mana-mana sistem operasi, bermakna ia boleh didapatkan kembali secara forensik data. Huh? Bunyi macam gempak tetapi entry BSB kali ini akan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh melakukannya sendiri dirumah sambil mengorek id*ng. Pertamanya entry ini hanya lulus untuk diikuti dalam ubuntu. Keduanya Photorec ialah perisian yang selamat dan tidak delete partition atau memori anda secara suka suki. Ketiga tutorial ini akan menggunakan terminal dan saya harap anda tidak fobia dengannya. Install Photorec sebenarnya datang bersekali dengan testdisk dalam ubuntu. Klik untuk install : testdisk Langkah-Langkah recovery data Anda mungkin ingin recover (mendapatkan kembali) data dalam pendrive, harddisk, MiniSD dan sebagainy...