Memasang Minitube 1.4.x & Minitunes 0.1.x Dalam Ubuntu
Flavio Tordini , pembangun di sebalik aplikasi Minitube dan Minitunes wajar diberi pujian atas kedua-dua aplikasi yang dihasilkannya untuk komuniti kerana kedua-dua aplikasi tersebut ternyata sangat berguna, menampilkan kelainan, dan sangat menarik untuk dicuba. Minitube 1.4.x Sebelum ini saya pernah mengulas berkenaan aplikasi minitube. Hari ini izinkan saya mengulas terlebih dalam mengenainya dan ciri serta fungsinya. Memasang Minitube 1.4.x dalam ubuntu Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut; sudo apt-get apt-add-repository ppa:neversfelde/minitube sudo apt-get update sudo apt-get install minitube antaramuka minitube yang kemas senarai video dikategorikan kepada 3 - most relevant, most recent, most viewed fungsi muatturun video Antara ciri dan fungsi minitube ialah; - pencarian berasaskan keyword dan juga channel - fungsi muatturun dengan 1 klik - ringan - pilihan kualiti video 360p, 480p, 720p, 1080p - minitube akan memainkan video secara automatik d...