Posts

Showing posts with the label kemaskini

Beberapa kemaskini : Gloobus Preview + Elementary Theme

Image
Hari ini, gloobus preview dan elementary theme menerima kemaskini sekiranya anda memasangnya melalui PPA seperti yang saya tulis sebelum ini . Globus preview merupakan aplikasi yang memudahkan pengguna preview fail-fail dalam ubuntu tanpa perlu membuka apa-apa aplikasi ketiga. Hari ini, Gloobus preview mampu memasang font yang sedang anda preview. Fungsi lainnya ialah, gloobus preview mampu preview dalam mood slideshow dan juga set image sebagai wallpaper. Sedikit masa lagi, gloobus preview mungkin akan mendapat fungsi cover flow! Elementary theme pula menerima update yang memperlihatkan beberapa perubahan seperti minimalist scrollbar dan perubahan dari segi kepantasan. Ada boleh memasang theme ini melalui cara berikut dan ianya akan dikemaskini dari masa ke semasa (berbeza dari theme yang dimuatturun dari gnome-look). sudo apt-add-repository ppa:elementaryart/ppa sudo apt-get update sudo apt-get install elementary-theme gtk2-engines-equinox elementary-icon-theme...

GNOME Do 0.8.1

Image
GNOME Do menjadi semakin popular dewasa ini sejak ia memperkenalkan antaramuka "docky" pada versi 0.8. Kini kemaskini terbaru untuk GNOME Do iaitu versi 0.8.1 menambahkan lagi elegensi dengan beberapa perubahan ikon, membaiki hampir 38 pepijat (bugs), kemaskini plugins dan 8 kemaskini translasi. Saya juga sempat perasan bahawa pada antaramuka docky, satu fungsi penunjuk waktu disertakan disebelah fungsi tong sampah. Klik kanan pada ikon jam ini akan memaparkan kalendar untuk seminggu.

Kemaskini pidgin ke versi 2.5.5 untuk ubuntu intrepid ibex

Image
Versi pidgin bagi intrepid ibex yang terakhir ialah 2.5.2 dan saya agak tidak faham mengapa tidak ada kemaskini dari pembangun ubuntu selepas itu meskipun pidgin telah dikemaskini ke versi berikutnya. Saya cuba memasang menggunakan fail .DEB yang dimuatturun dari laman web getdeb.net namun terdapat masalah dependencies yang rumit untuk diselesaikan. Apa yang menyebabkan saya nak sangat kemaskini pidgin ke versi terbaru ialah kerana pidgin 2.5.2 mempunyai terlalu banyak masalah. Ianya tertutup dengan sendirinya setiap beberapa jam, fungsi penghantaran dan penerimaan fail yang tidak aktif pada masa tertentu dan sebagainya. Ianya juga kadang kala tidak mengeluarkan apa-apa bunyi meskipun kita menerima mesej baru. Hari ini barulah saya menemui PPA kepada pidgin versi 2.5.5 di launchpad dan seterusnya membolehkan saya untuk kemaskini pidgin ke versi terbaru dengan menambah repo berikut; deb http://ppa.launchpad.net/debfx/ppa/ubuntu intrepid main deb-src http://ppa.launchpad.net/debfx/ppa/u...