Tahukah Anda - Siri 2
Tahukah anda? Segelintir pengguna Windows akan memanipulasikan perkataan UBUNTU sebagai bahan jenaka mereka dan pada masa yang sama mereka pula dibayangi rasa takut untuk berkongsi USB Pendrive meskinpun telah memasang perisian antivirus berbayar. Tahukah anda? Dengan menggunakan Ubuntu Live CD/USB, anda sebenarnya telah mengambil langkah bijak dan merupakan salah satu cara yang paling selamat untuk menjalankan transaksi e-banking bagi mengelakkan jejak yang mungkin dapat dihidu oleh skrip cecacing. Tahukah anda? Pada 20/10/2004 Ubuntu 4.10 (Warty Warthog) adalah versi pertama dilancarkan dan berkembang sehingga ke versi 11.04 dan menjadikan 14 versi kesemuanya setakat September 2011. Tahukah anda? Merujuk kepada rekod Linux Distribution Time line , versi 11.8 sehingga tahun 2011 telah lahir sebanyak 61 Distro berasaskan Ubuntu dan antaranya yang popular ialah seperti Linuxmint, Pinguys OS, Super OS, Ultimate, Sabily dan sebagainya. Tahukah anda? Majalah ber...