Posts

Showing posts with the label Maverick

[Review bervideo] Mencuba Unity - Ubuntu Netbook Edition dalam komputer laptop

Image
Ubuntu mempunyai banyak edisi yang dibangunkan untuk memberi fokus tertentu kepada senibina dan teknologi perkakasan sesebuah komputer. Kerencaman versi ubuntu ini sebenarnya memberikan pengguna lebih ruang untuk memilih versi yang mereka sukai, sesuai dengan keupayaan, senibina komputer, dan citarasa pengguna yang pelbagai. Antara versi ubuntu yang terbaru ialah Ubuntu Netbook Edition dengan antaramuka Unity yang baru diperkenalkan oleh Mark Shuttleworth pada UDS (Ubuntu Developer Summit) sekitar Mei lalu. Sepertimana namanya, Ubuntu Netbook Edition memfokuskan kepada komputer berbentuk Netbook yang mempunyai keupayaan sederhana dan saiz serta resolusi skrin yang kecil. Oleh kerana saya tidak mempunyai Netbook, lalu saya membuat keputusan untuk mencuba Ubuntu Netbook Edition dalam laptop Macbook versi 3,1 - Santa Rosa. Bagaimanakah prestasi Unity dalam laptop biasa? Memasang Unity. Dalam laptop yang sama, saya telah memasang Ubuntu Maverick Beta (Upgrade daripada Lucid) dan revi...

Memasang Nautilus-Elementary ke dalam Lucid/Maverick

Image
Ammonkey semalam mengumumkan nautilus-elementary kini menyokong ubuntu 10.10 maverick dan menerbitkan versi yang mempunyai beberapa ciri terbaru dan juga fix. Ianya boleh dipasang dengan memasukkan kata arahan berikut ke terminal; sudo add-apt-repository ppa:am-monkeyd/nautilus-elementary-ppa sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade Apa yang terbaru? clutterview F4 embed terminal F7 [screenshot diatas] zeitgeist search engine Untuk waktu ini, saya menghadapi masalah berkenaan clutterview dalam komputer yang saya gunakan dan oleh kerana itu saya tidak boleh menunjukkan screenshotnya. Bagaimanapun, clutterview adalah ciri paparan fail mirip cover flow dalam finder Mac OSX. UPDATE : Video Screencast Clutterflow; Selamat mencuba.

Wallpaper default serba baru untuk ubuntu maverick meerkat : Sila beri pendapat anda :)

Image
Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat beta telah diterbitkan pada 2 september lalu dan telah memperkenalkan wallpaper default serba baru sepertimana biasa. Namun ianya mendapat kritikan yang bukan sedikit kerana faktor percampuran warna tidak serasi antara ungu dan oren dengan cara yang begitu amatur iaitu 3 titik kabur berwarna oren pada wallpaper. Pembangun ubuntu sangat prihatin kepada kritikan pedas yang diterima dan oleh kerana itu jugalah mereka hari ini memperkenalkan wallpaper default serba baru yang pada pandangan peribadi saya jauh lebih baik daripada yang sebelumnya. Wallpaper baru untuk maverick; wallpaper default sebelum ini ialah seperti dibawah; Pendapat anda? [via : omg! ubuntu ]

Maverick Sound Indicator berwajah baru

Image
Sekiranya anda sedang memainkan muzik di Rhythmbox dalam ubuntu 10.10 maverick meerkat, kemudian anda klik pada ikon sound pada panel, akan akan melihat sesuatu seperti diatas. Untuk makluman, ini adalah kemaskini kali ke-3 untuk paparan sound indicator dalam ubuntu versi pembangunan maverick meerkat. Apa pendapat anda? Adakah sesuatu seperti ini akan menambahkan kemudahgunaan dalam ubuntu? Pada pendapat saya sudah tentu. Anda tidak perlu beralih kepada tetingkap rhythmbox untuk beralih kepada track seterusnya, sebelum dan pause muzik yang sedang dimainkan (sudah tentu keyboard shortcut juga mempunyai fungsi yang sama).

Antaramuka Unity dan Ubuntu Light untuk Maverick Meerkat

Image
Ketika Ubuntu Developer Summit for the Maverick Meerkat 10.10 di Belgium, Mark Shuttleworth memperkenalkan fungsi-fungsi baru yang bakal diperkenalkan dalam Ubuntu akan datang dan antaranya yang menjadi perbualan dan mendapat respon baik ialah konsep antaramuka yang dikenali sebagai Unity. Unity ialah antaramuka baru untuk komputer netbook yang berkonsep ringan dan gambaran adalah seperti screenshot dibawah. Fungsi kedua ialah ubuntu light samada untuk versi netbook dan juga desktop yang memfokuskan kepada kepantasan untuk boot ke dalam sistem operasi. Ketiga, oleh kerana kebanyakkan pengguna ubuntu melakukan dualboot bersama windows, ubuntu Meverick bakal memperkenalkan satu aplikasi untuk windows yang akan membantu menguruskan dualboot. Apa kata kita lihat keynote yang disampaikan oleh Mark Shuttleworth dibawah; Mencuba Unity dalam Lucid Lynx Jika anda tidak tidak sabar-sabar untuk mencuba interface baru ini, ikuti cara berikut untuk memasangnya; sudo add-apt-repository pp...