Sepertimana namanya, Ubuntu Netbook Edition memfokuskan kepada komputer berbentuk Netbook yang mempunyai keupayaan sederhana dan saiz serta resolusi skrin yang kecil. Oleh kerana saya tidak mempunyai Netbook, lalu saya membuat keputusan untuk mencuba Ubuntu Netbook Edition dalam laptop Macbook versi 3,1 - Santa Rosa. Bagaimanakah prestasi Unity dalam laptop biasa?
Memasang Unity.
Dalam laptop yang sama, saya telah memasang Ubuntu Maverick Beta (Upgrade daripada Lucid) dan review saya ini ialah hasil pemasangan unity diatas ubuntu desktop maverick dengan memasukkan kata arahan berikut ke dalam terminal;
sudo apt-get install unityNota : Pengguna ubuntu lucid boleh rujuk entry sebelum ini untuk PPA tujuan pemasangan unity.
Pengalaman memasang unity ke dalam lucid tidak begitu membanggakan kerana antaramuka unity ketika itu sangat tidak responsive dan ini adalah disebabkan kad grafik (Intel) saya yang mempunyai masalah dengan beberapa bugs (kad grafik ATI juga dilaporkan mempunyai masalah sama). Perkara yang sama berulang dalam Maverick namun saya menemui satu penyelesaian yang turut menyelesaikan masalah paparan clutterflow nautilus-elementary. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti saya, sila lakukan berikut;
1.Buka terminal dan taipkan;
sudo gedit /etc/environmenttambahkan kod berikut;
export CLUTTER_VBLANK=none
2.Restart.
Prestasi Unity.
Setelah mencubanya, saya mendapati unity menawarkan satu pengalaman penggunaan yang agak berbeza dengan desktop biasa. Anda akan kekok pada permulaannya dan seperti biasa akan berlaku perubahan dari masa ke semasa. Antaramuka unity sangat menarik dan unik, menggunakan dash dan zeitgeist untuk pengurusan fail, serta mutter sebagai window manager (metacity digunakan dalam ubuntu desktop).
Untuk peringkat beta ini, masih terdapat beberapa masalah antaranya navigasi yang tidak betul pada fungsi aplikasi, dan dock yang agak kelihatan buggy apabila terlalu banyak aplikasi padanya (sepatutnya icon akan membentuk imej 3D namun tidak begitu sempurna ketika saya mencubanya). Namun ia tidak terlalu mencacatkan harapan supaya unity akan berprestasi lebih mantap dan licin apabila versi akhirnya dilepaskan pada 10.10 nanti.
Saya berjaya merekodkan screencast pendek (6minit lebih) dan boleh ditonton dibawah.
Sila like dan kongsikan artikel ini pada twitter dan juga facebook. Terima kasih.
kemas gak ni..
ReplyDeletetapi launher tak de ke??
ringan sikit guna kat lucid..
mksud? xfaham..huhu
ReplyDeleteSmart gak.. Ingin nak pasang kat eBook murid sekolah terengganu lepas adik aku tamat UPSR kekgi.
ReplyDeleteSatu lagi. Chrome tu dia pasang secara default ke?
Maksud si syahril, 'Start button/start menu' kot. Betul ke?
ReplyDeletechrome xdefault rasanya...
ReplyDeleteebook sekolah terengganu tu mmg kerajaan bg free ke bro? diorang xambik balik ke bile abis darjah 6?
Dia kasi free je. Tak ambik dah lepas budak tu tamat UPSR. Dia akan reinstall OS dalam tu, masuk versi penuh Win lepas budak tu tamat UPSR. Budak boleh guna untuk form 1
ReplyDeleteEbook tu hebat beb. Nak masuk pendrive pun kena pakai password. Teknologi biasa tapi banyak bantu murid dari main benda tak berfaedah.
yup that right dude..haha
ReplyDeleteala macam launcher utk netbook remix dlm dekstop version..
tapi skank dh unity..so??
unity launcher la kot..huhu
xleh kot bro..launcher 2 depends on mutter..
ReplyDeleteko kene mutter --replace dlu yg akan deactivate metacity..pastu byk benda jd celaru..hehe
aku tau..
ReplyDeleteadik aku dapat gak 1
2 yg aku xpasti samada dpt free atau pinjaman..sbb ada cop hak kerajaan terengganu..hehe
background gelap macam jolicloud laks
ReplyDeleteadeh..
ReplyDeletebanyak sangat tuh,..
mutter benda tuh..
adeh...haha
cancel2...huhu