Friday, September 24, 2010

Tutorial OpenShot : Aplikasikan fungsi 3D Animated Title ke dalam video


Sekiranya anda belum memasang OpenShot ke dalam ubuntu, sila rujuk entry saya sebelum ini.

Setelah memasang OpenShot, untuk menggunakan fungsi 3D Animated Title anda memerlukan perisian Blender (versi 2.5 keatas), satu perisian menghasilkan animasi 3D dan video editor 3D sumber terbuka. Masalahnya ialah, pada ketika ini versi penuh Blender 2.5 masih belum dilepaskan dan versi pembangunan dalam PPA tidak dapat dikesan oleh OpenShot. Lalu pembangun kepada OpenShot iaitu Jonathan Thomas mencadangkan penyelesai ini kepada anda yang ingin mencuba fungsi 3D Animated Title.

1.Download Blender 2.5.4 dari http://www.blender.org/download/get-254-beta/

2.Extract fail Blender tadi ke home folder /home/username/blender25

3.Buka OpenShot, klik pada menu Edit - Preferences dan tukar ketetapan Blender Executable = /home/username/blender25/blender (path kepada fail blender dalam extracted folder dari fail yang anda muatturun tadi)

Kemudian untuk mencuba fungsi ini, pergi ke menu Title - New Animated Title dan satu tetingkap akan muncul yang menyenaraikan efek 3D yang ada.


1.Pilih pada mana-mana efek 3D pada bahagian kiri.

2.Ubah ketetapan efek pada bahagian kanan (title, subtitle, warna, saiz, alignment dan sebagainya)

3.Klik pada refresh untuk preview [image mode]

4.Setelah anda berpuas hati, klik pada render (untuk menghasilkan animasi bergerak)

NOTA : Proses render akan mengambil masa yang agak lama bergantung kepada kepantasan processor komputer anda. 


5.Selesai proses render, animasi akan terhasil dalam tab project files seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot diatas.

6.Untuk menggunakannya, drag ke dalam timeline.
NOTA : Efek animasi adalah transparent dan akan muncul diatas video utama (seperti screenshot)

Contoh efek yang telah saya hasilkan untuk preview;



Saya menjangkakan bilangan efek animasi akan bertambah dari masa ke semasa dan pelbagai fungsi lain akan turut diperkenalkan menggunakan enjin blender. Selamat mencuba.

4 comments:

  1. biase je bro effect die....belum rasa nak pakai lerrr...kalau buat presention video blum boleh dikatekan ummph!

    ReplyDelete
  2. sekurang-kurangnya ada peningkatan..
    nak laju sket kene tolong la diorang develop..hehe

    ReplyDelete
  3. salam bro, err klu dia keluar error macam ni cana nk setel ye?
    Error Output:
    No frame was found in the output from Blender

    ReplyDelete
  4. mantab sangat ke OpenShot tu???
    Thanks aje lah e...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...