Friday, September 03, 2010

Ubuntu Maverick Meerkat 10.10 Beta Dilepaskan


2 September telah menjelma dan seperti yang dijadualkan, pihak pembangun ubuntu telah melepaskan Ubuntu versi pembangunan 10.10 kod nama Maverick Meerkat kepada umum. Sila ikuti pautan ini untuk proses muatturun dan info tambahan.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan termasuklah;
  • gnome 2.31
  • kernel 2.6.35
  • evolution 2.30
  • shotwell menggantikan f-spot sebagai photo manager
  • gwibber telah dikemaskini menggunakan OAuth dari twitter (testing ppa)
  • sound indicator memasukkan fungsi mengawal music player
  • ubuntu software center yang diperbaharui fungsi dan tema
  • ubuntu one - proses sign in dan sign up yang diperbaharui
Oleh kerana ianya versi pembangunan, sila baca juga bahagian known issues dalam pautan yang diberikan diatas.

1 comment:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...